Dairi LI Day 31 - Mercumaya DDoS Attack
Korang jangan main-main, Mercumaya baru-baru ini baru sahaja kene DDoS (Distributed Denial of Service) attack. Tapi bukan server dorang la yang kene. Cume kene kat network kitorang je.
Tapi korang tahu tak apa itu DDoS? Erm…dari apa yang aku tahu, mengikut kamus Dewan Bahasa jilid ke 9 (aku tipu nih), DDoS tu merupakan satu kaedah yang digunakan oleh hacker-hacker yang tak bertauliah untuk membunuh server atau PC seseorang. Kaedahnya adalah dengan menghantar packet-packet file yang besar ke sesebuah komputer secara bertalu-talu dan banyak sangat-sangat sehinggalah komputer tersebut tidak dapat menampungnya. Dan apabila tidak tertampung, maka boleh musnah la komputer tersebut.
Yang jadi masalahnya, DDoS yang berlaku di Mercumaya ini bukan disebabkan oleh orang luar. Tetapi oleh pekerja-pekerja Mercumaya itu sendiri (termasuk aku ler tu). Disebabkan kitorang ni bosan and geek sangat (macam poyo jek), kitorang pun menDDoS antara satu sama lain. Hu3.
Korang tidak percaya? Saksikan pic di bawah ini.
Ngeh3. Bukan la DDoS sangat tetapi budak perempuan tiga orang ni, Noor, Fairuz ngan Rafi ni sebab dah bosan tahap 6 pada skala Ritcher telah menghantar Audible pada aku secara serentak. Dan akibatnya, aku tidak mampu menampung Audible yang sebanyak itu. Tak larat deh nak attack dorang. 3 lawan 1. Confirm aku kene teruk. Hu3.
Setelah lama kene attack, last-last, Windows bawak kuar warning. Error berlaku pada Yahoo Messenger aku. Hu3. Terpaksa aku close YM aku tu. Adeh…
Kejadian ini berlaku pada waktu petang. Dah nak balik dah waktu tu. So kiranye boleh la juga dikatakan bahawa “Sepetang dengan DDoS”.
Baca Yang Ni Pulak


huhuh…aku igat hapa…ermm..wehh..camna nk halang spam dari masok kt dlm shoutbox …aku boring ar..nk buh wordspew bt camna..
tu 3 window baru bukak dah crash.. 100 window mau kejung pc
adib, buang benda shoutbox tu… pastu hiduplah dengan aman damai tanpa spam
huhu3 ader jua orang yang tak bleh hidup dgn shoutbox yerk…
sama ler kita
shoutbox nih convenience tapi kena ader protection skit
hurm, cyper ajar ler cikit nak buat protection shout?
adeh.. dia buat lagi…
kalo camnie, boleh ar set reramai, attack hang ari-ari..
aku pun ingat nak buang jugak shoutbox tu coz aku tak gune sangat. ngeh3. kalau kau nak kurangkan spam, kau gune la shoutmix. setakat ini ok lagi la.
jom test 100 ym dalam satu masa jom!
protection die kite perlukan 5 biji delima hijau, 10 batang kayu balak dan 7 gelang permata biru. hu3.
erks! buat ape sheh?
mai mai mai… satgi cek katoq!
hahahaha bagus gak cadangan tu wey… hm, oi tuan blog.. mati2 aku igt DDos betul2
miahahaha… sapa suh hang ingat betui2. aku kasi gempaq skek.
kirim ke mail aku cara gunain YM Attack