Hari ini merupakan hari terakhir, Rafidah (frenster Rafi) dan Fairuz (frenster Fairuz) menjalani latihan praktikal dekat Mercumaya. Dua orang ini merupakan pelajar UIA yang ambil jurusan IT. Kalau bab-bab programming website, korang boleh mintak tolong dorang. Power dalam PHP, MySQL, ASP, dan macam-macam language yang lain.
Disebabkan hari ini merupakan hari terakhir dorang berada di Mercumaya, En Mizan telah mengajak kitorang makan tengahari di rumah dia. En Mizan datang dalam pukul 2 lebih macam tu. Aku ngan Rafi naik moto. Bukan naik sama-sama taw. Rafi naik moto dia, aku naik moto aku la. Kitorang merempit. Hak3. Gurau jek. Fairuz, Noor (frenster Noor) dan Eja (frenster Eja) pulak, naik kereta En Mizan.

Gadis UIA yang power merempit. Aku pun kalah. Hu3.
Rumah En Mizan jarak dia dari office hanyalah dalam 15 minit perjalanan. Dekat Gombak je rumah dia tu. Korang pernah sampai? Ala…dekat belakang Batu Caves tu. Rumah dua tingkat tu dekat lorong no 3. Ala…kat simpang situ tu. Kat tepi simpang tu ada rumput-rumput. Tak tahu jugak ke? Penat aku bagitau korang ni. Ish3.
Nak baca sambungan dia…
Perhatian: Kalau korang tengah mengandung atau lemah semangat, aku tidak menggalakkan korang untuk membaca entiri ini kerana video yang dipaparkan mengandungi kejadian seram.
Kejadian ni amat seram dan pelik dan berlaku di sebuah hospital dekat Mekah. Semuanya bermula apabila si ibu ini teringin sangat untuk mendapatkan anak lelaki. Sebab dia dah ada anak perempuan dua orang, so dia nak la anak lelaki pulak.
Doktor mengesahkan yang kandungan dia adalah perempuan tetapi die tidak percaya dan amat berasa sedih. Dan apabila rakan-rakan bertanya kandungan dia tu lelaki ke perempuan, dia cakap, dia mengandungkan anak ular. Dengan kuasa Allah swt, pada hari kelahiran kandungan tersebut, bayi yang dia lahirkan berwajah ular. Kulit bayi tersebut turut menjadi lain.
Nak baca sambungan dia…
Korang dah baca kan entri aku sebelum ni di mana aku telah di DDOS oleh budak-budak kat Mercumaya ni? Dorang DDOS aku dengan menggunakan Yahoo Messenger sahaja. Baru 4 orang attack, dah PC yang aku gune dekat Mercumaya tu down.
Dan perkara ini berlaku lagi pada hari Jumaat yang lepas di mana, aku telah diattack bukan sahaja 4, malah 8 orang. Dorang semua attack aku dalam masa yang sama.

Semua ni Rafidah aka Rafi (student praktikal UIA) punya pasal. Dia panggil member-member die untuk join attack aku secara bertalu-talu. Aku tak kenal pun dorang ni dan dorang ni attack dalam keadaan invisible. Ces!
Misi attack mengattack ini ditambah pula dengan attackkan dari Fairuz (student praktikal UIA), Pija (staff Mercumaya) dan Noor (staff Mercumaya). Memang tak terlawan aku masa tu. Dorang send audible dengan cepat dan banyak sekali.
Tapi yang peliknye, even dah diattack bertalu-talu, komputer itu still ok. Kenapa? Sebab masa dorang tengah attack tu, tibe-tibe internet down. Maybe sebab line busy sangat nak handle attack yang bertalu-talu itu. Ish3.
So, korang pernah tak kene attack sampai macam ni? Berminat nak kene? Boleh je aku ajak budak-budak ni attack korang. Siap panggil geng lagi. Hua3. Jangan nanges sudah…
Aku tahu ramai yang tidak puas hati sebab aku cakap aku comel. Tetapi nak buat macam mana, dah memang aku ni comel masa aku kecik-kecik dulu. Bila dah besar, kecomelan aku yang dulu berubah menjadi kemachoan. Owh…sungguh besar kejadian Tuhan yang menjadikan kita semua.

Ni aku. Memang comel bukan?
Di antara mereka yang sudi berkongsi yang juga berasa diri mereka comel pada suatu ketika dahulu adalah:
Nak baca sambungan dia…
Aku telah ditag oleh saudari Azlina atau lebih suke dengan nama manjanya Ikoko. Manja ke? Entah lewr… Korang kene tanya empunya badan. Hu3.

Owh…sungguh comel budak ini… Siapakah dia?
Mungkin disebabkan masa aku kecil, aku merupakan seorang yang comel (lihat gambar di atas) menyebabkan Ikoko tidak puas hati dan mentag aku. Aku tahu memang aku lebih comel dari kau ye Cik Ikoko. Hu3. Ataupun kau ingin membuat koleksi peribadi gambar-gambar kecomelan aku ini. Jangan…
Disebabkan aku telah ditag, so aku pun menjawab la tag dia. Aku harap Ikoko dan korang sekalian berpuas hati dengan ilustrasi-ilustrasi yang terpapar di sini.
Nak baca sambungan dia…