Disebabkan penat, aku terpaksa menulis Dairi LI Day 16 pada hari ini. Dari pagi hinggalah ke malam aku berjalan. Pagi aku ada conference Intel dekat Sime Darby Convention Center. Malam tu pulak aku gi tengok wayang cerita Pirates of the Caribbean 3 dekat Cineleisure.
So untuk entri kali ni, aku akan ceritakan dua perkara la. Pasal Intel dan pasal POTC3 tu.
Intel Channel Conference
Aku gi ICC ngan En Mizan dalam pukul 9.30 lebih. Sampai-sampai je sana, aku gi sarapan. Waaa…makanan dia semuanya sedap-sedap. Tapi manis sangat. Patut la orang-orang korperat ni selalu sakit kencing manis eh.
Name tag aku yang kene bagi balik. Ces!
Event start dalam pukul 10.45 pagi macam tu. Macam-macam la orang Intel ni cerita. Bermula dari dorang punyer micro-architecture, turbo memory technology, pasal desktop, mobile laptop dan juga server. Banyak jugak la input yang aku dapat dalam conference tu. Dan dapat jugak la aku makan makanan yang best-best.
Lagu: Aidit Alfian (Indah Karya Publishing Sdn Bhd) Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd) [tags]heliza af5, cinta di lautan lalang, lirik lagu[/tags]
Bayangkanlah
Kudup yang sepi
Sendiri di lautan lalang
Bayangkanlah sengsara-digalas tatkala
Kelopaknya sedang mekar
Datang musim
Bersemarak harum
Sampai waktu
Peragakan hias
Hari bahagia hanyalah angan
Yang tak kesampaian
Mengundang tangis
Keluhan
*Begitulah diriku
Dapat kau umpamakan kekasih
Yang menangis tak terhenti
Didalam-oh
Begitulah diriku
Tiada gerangan siapa
Tempat nak ku mengadukan
Nasibku
Esok, 24hb Mei 2007, aku akan mengikuti En Mizan (manager syarikat hosting Mercumaya) untuk ke conference Intel di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. So, esok terpaksa aku gi office awal coz conference tu start pukul 9.30 pagi sampai la 5.00 petang.
Aku tak tahu Intel nak cerita pasal apa. Maybe pasal technology terbaru dorang kot. Tapi yang penting, makanan dia sedap-sedap. Itu yang En Mizan bagitahu aku la.
Dan pada malam nyer pulak, aku akan pergi menonton wayang cerita Pirate of the Caribbean. Aku dapat dua tiket free dari Nuffnang. So aku akan pergi dengan adik aku pada malam esok. Tayangan akan bermula pada pukul 9.30 malam di Cineleisure, Mutiara Damansara. Dekat je dengan rumah aku coz aku duduk kat Kota Damansara. Tapi aku pergi awal sikit kot coz nak amik tiket dulu kat booth and ada dapat voucher dari Exabytes. Alang-alang tu leh la jenjalan kat The Curve tu.
Btw ada tak sape-sape yang gi tengok cite tu esok? Maybe kite leh jumpe? Macam Azurt, die dapat, tapi aku tak sure die pergi ke tidak. [tags]latihan industri, pirate of the caribbean, intel[/tags]
Uhuk! Aku just nak bagitahu pasal website baru yang tengah dalam proses pembikinan theme die. Website yang aku namakan sebagai EAVista ini merupakan sebuah website yang khusus untuk Vista, sistem pengoperasian terbaru yang dihasilkan oleh Microsoft. [tags]latihan industri, vista, eavista[/tags]
EAVista atau nama panjang dia Everything About Vista merupakan sebuah lagi website yang aku bangunkan dengan menggunakan enjin CMS Wordpress. So ini merupakan website yang keempat yang aku handle and manage. Uwaaa…
Kenapa aku bukak website EAVista nih? Sebabnya adalah adsense! Ha3. Takde la. Sebab aku rasa macam best pulak nak buat website yang khusus pasal Vista. Tak ramai orang yang blog pasal Vista. So, aku pun mengambil peluang ini dengan memblog pasal Vista. Harap-harap website ni dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi pengguna-pengguna Vista.
Owh…lupa pulak. Website lain yang aku handle adalah, CypherHackz.Net (main website aku), myCypherHackz.Net (website yang korang baca ni), Tentang Cinta (website tentang percintaan) dan EAVista (website khusus yang membincangkan pasal Vista). Sila-sila datang melawat.