Dairi LI Day 8 - Brickfields Datacenter

Korang nak gambar kan? Nak gambar kan? Ok, kali ni aku letak gambar. Tapi tak banyak la. Dua je. Tu pun sebab memory kamera phone aku ni dah full. Dan tu pun selepas aku delete beberapa gambar aku. :d

So sepanjang hari ini apa yang aku buat? Hurm…selain dari update site Mercumaya, aku teman En Mizan gi beli barang-barang untuk setup server sorang client dari Rusia. Jangan main-main ngan Mercumaya nih. Orang Rusia pun datang cari die taw.

20070514 01
En Mizan tengah usha-usha server-server die

Dalam pukul 12 lebih nak dekat pukul 1 macam tu, aku ngan dia kuar gi Petaling Jaya. Die kata, die selalu beli barang-barang kat sana macam RAM, hardisk, proccessor dan macam-macam lagi. Lagi pun kat sana murah coz direct beli dari distributor.

Dan hari ni aku balik rumah lewat coz dalam pukul 8 malam macam tu aku ngan En Mizan gi setup server kat Brickfields. Server yang die dah siap pasang tadi kitorang gi bawak ke TM Net Brickfields Datacenter, Kuala Lumpur. Sampai je aras 6 tu, aku dah dengar dah bunyi bising server kat satu bilik tu.

Masuk je bilik, fuh…sejuk… First time masuk bilik datacenter. Sebelum-sebelum ni just tengok gambar-gambar kat site-site hosting je. Tapi kali ni, aku sendiri menjejakkan kaki ke sana. Banyak gile server. Macam-macam company ada. Sime Darby punya pun ada kat situ. Sementara En Mizan nak setup server tu ke switch, aku pun men-snap dua keping gambar. Gambar kat atas tu ngan gambar kat bawah ni.

20070514 02
Ni baru sikit je nih. Belah-belah belakang, belah tepi ada lagi.

Bilik tu bising dan sejuk dengan air cond die yang aku rasa memang untuk letak dalam kilang punye. Tapi En Mizan kata, air cond kat Cyberjaya lagi sejuk. Ni tak sejuk sangat. Hurm…agak-agaknya kat datacenter Cyberjaya tu kalau kite tengah cakap-cakap mesti kuar wap kan kat mulut. He3.

So itu sajalah dairi AF, eh silap. Dairi LI aku untuk kali ini. Jumpa lagi di hari esok dan laman yang sama.[tags]latihan industri, brickfields datacenter[/tags]

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

6 Responses to “Dairi LI Day 8 - Brickfields Datacenter”

  1. uishh.. dah masuk datacenter brickfields dah? aku pegi meeting je kat tingkat 6 tu, tak penah lagi tgk server2 tu..

    Kat cyberjaya ni pun, walaupun dattacenter kat sebelah tu je, tapi tak pernah masuk lagi.. (banyak procedur member2 aku kate..). Dan sejuk… tapi takdela sampai kuar asap dari mulut… ko ingat ada ais ke kat dinding2 datacenter tu sampai kite kena kuar asap dari mulut? eheheh…

    May 15th, 2007 | 9:34 am | Quote
  2. he3. jelesh r tuh. jelesh r tuh, :p

    owh…kat cyberjaya tak sejuk sangat eh? aku ingat sejuk sangat sampai bile cakap leh kuar wap kat mulut. he3. btw kau keje kat mana? kat brickfields ni ke atau kat cyberjaya tu?

    May 15th, 2007 | 10:31 am | Quote
  3. baru geek. :)>-

    May 15th, 2007 | 2:34 pm | Quote
  4. he3. takde geek mana pun aih… :p

    May 16th, 2007 | 10:45 am | Quote
  5. kat cyberjaya :P

    May 16th, 2007 | 12:44 pm | Quote
  6. owh… hurm…bila pulak agaknye aku dapat gi datacenter cyberjaya tu pulak ye. he3.

    May 16th, 2007 | 11:00 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »