Spiderman 3 yang bersawang
myNote: Entri ni sooooo panjang. So korang gi la beli Popocorn ngan air Paipsi atau air Choke. Sambil makan, leh sambil membaca entri aku kali ni. Gi la… Gi la…
Yosh! Aku sampai umah dalam pukul 9.30 malam macam tu. So penat weh… Mana nyer tak penat, aku tunggu nak tengok cite Spiderman 3 tu dari awal pagi tadi sampai la petang. Jenuh tunggu. Adui… Pepehal pun, aku bahagikan entri kali ini kepada dua page. Page pertama, kisah sepanjang hari ini dan page kedua , review pasal Spiderman 3. So, teruskan membaca.[tags]spiderman 3, movie, review[/tags]
Penat weh…
Aku sampai Mid Valley dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Sampai-sampai je, amik kau… Orang ramai giler duk beratur nak beli tiket wayang. Bayangkan je lah line beratur die leh sampai kat tempat McD tu (saper yang pernah gi Mid Valley tahu lar).
Nasib baik member aku, si Ikram, sampai awal. Aku suh die belikan tiket dulu. So die pun gi la beratur dan aku pulak gi la tempah lane bowling coz kitorang memang dah plan nak main bowling sementara tunggu wayang start.

Kenape pandang aku? Kenapa kau pandang aku?
Ada la dalam sejam aku tunggu si Ikram nih beli tiket. Jenuh aku tunggu kat tempat bowling tu sambil tengok orang sebelah kiri dan kanan aku main. Dentum! Dentam! Dorang baling bola tu. Hu3. Dalam pukul 11.30 pagi macam tu, baru la kitorang start main. Main 2 game tak puas, so kitorang tambah lagi 1 game dan menyebabkan kitorang kekontangan uwang. Hu3.
Btw masa nak main bowling tu aku tanya Ikram tiket wayang kul berapa? Korang nak tahu tiket wayang Spiderman kitorang tu pukul berapa? Pukul 5.30 petang you… Seat depan pulak tu. Adoi… Memang jenuh nak tunggu. Thats why sampai tambah lagi satu game main bowling tu. Tapi tu pun belum boleh mempercepatkan masa yang berlalu.
Pas main bowling, kitorang gi pulak melantak kat McD. Foldover (betul ke cara ejer die) disumbat masuk dalam perut aku. Tapi masa tu masih awal lagi. Ada la dalam pukul 1 macam tu. Pas makan kitorang bergerak pulak gi carik handset. Si Ikram sibuk sangat nak carik handset baru tapi yang second hand punyer la. Aku layan kan ajer die tu. Dah alang-alang nak tunggu sampai kul 5.30 petang kan…

Gambar yang aku snap mase pas makan McD
Disebabkan kitorang malas nak bawak kuar moto, so, kitorang pun gi la naik Komuter turun kat KL Sentral. Hajat di hati nak usha-usha handset and nak angkat terus. Last-last, budak Ikram nih tak jadi beli pun. Penat jek aku teman die jalan carik handset sekitar Brickfields tu. Penat weh berjalan… Hu3.
Ada la dalam pukul 3.45 petang macam tu kitorang balik semula ke Mid Valley. Hu3. Sampai-sampai, kitorang gi solat Zohor dulu and Asar kat surau. Dah lama tak gi Mid Valley, tak tahu pulak aku yang surau die dah bertukar tempat. Hik3.
Dan…setelah lama menghabiskan masa menunggu dari pagi sampai ke petang, akhirnya, kitorang menanti dengan penuh tabah kat depan GSC tu. Tak sabar nak masuk wayang and nak hilangkan penat menunggu. Uhuk! Tepat jam 5.15 petang, kitorang pun masuk wayang dan bermula la adengan si Orang Labah-Labah. Ha3. Lompat!!!
Untuk pengetahuan korang, cerita itu tamat pada pukul 8.00 malam. Pas tamat, kitorang gi Maghrib then makan KFC sebelum pulang. Aku ngan Ikram pun balik ke rumah masing-masing setelah perut dipenuhi dengan Snack Plate Original. Dan berakhirlah, saat-saat kepenatan aku sepanjang hari ini. Phew…
Fulus Terbang untuk hari ini:
- Minyak motor: RM4.00
- Parking motor: RM1.50
- Bowling: RM15.50
- Wayang: RM12.00
- McD: RM9.00
- Choco-Top (Ice-Cream McD): RM1.60
- Komuter: RM2.00
- KFC: RM10.00
So jumlah Fulus Terbang aku adalah, RM55.60. Uwaaa…banyak tu…
PS: Kalau korang nak tahu, sebenarnye, itu la kali pertama aku naik Komuter. Hu3. Masa nak beli tiket pun jenuh nak tengok peta Komuter tu nak gi mana and nak berhenti kat mana. Ahakz!
Pages: 1 2
Entri Lain Yang Berkaitan
- Pemandu Perempuan Yang Menggelabah - Ketika dalam kesesakan trafik di jalan raya, kau menyalakan lampu...
19 Responses to “Spiderman 3 yang bersawang”
Leave a Reply


ako pun sediy 2 hari g time square untuk tengok wayang..2 hari tu la jugak la xjadi tengok wayang n terpaksa jenjalan je pusing2 1 timesquare.. :((
1st day : movie tu lewat sangat.ako xsempat tengok.
2nd day : Kena beratur dulu baru leh tengok. xsempat gak sebab petang smlm dah nak gerak g joho.. :((
Ekceli, itu adalah klon alien spiderman… Dalam komik telah diceritakan bahawa, klon ini memang datang ke bumi. Cumanya, di dalam komik, klon ini berpindah kepada kawannya, tatkala spiderman tu keluarkan taht benda hitam tu. Kalau dalam komik, kawannya dan makwe kawannya, menjumpai benda hotam tu di taman…
Hhahahahha, aku peminat setia komik spiderman dan X men!
aiyyo… enchik.. jangan cerita awal2 Spidy 3..
Ilang la suspens tuh.. huhu.. hoh.. tak sabar nak gi tengok !
*sebenarnye tak sabar nak torrent. haha.. :d
ler…nape kau tak book tiket? book gune phone. walaupun aku tau line akan busy gile2, tapi atleast ada cuba. so, bile kau nak gi tengok? best weh… hak3.
owh…camtu rupe2nye… aku pun tak tahu pasal ni. tak baca sangat komik. ha3. kirenye kau nih merupakan pengumpul komik jugak la yer?
tak best la torrent coz sound effect die takkan menjadi. better gi tengok wayang dan alami nyer sendiri. hu3.
minggu depan..insyaAllah.. mahu tengok
teruja dah ni..
ha ha
hak3. baguih2… nanti kau buat la review die pulak. :d
x tgk2 lagi spidey neh. makin korang cite..makin aku teruja huhu.
ada 1 paper lg..pastu bleh la layaaaan :d/
kau tak habis exam lagi ker? har3. aku tengah duk lepak kat umah je skang nih. tapi esok dah start dah praktikal.
hehhe..tgk laaa nt turn aku tgk..aku nk post jugak kt dlm blog..gagaggaaag…:d
ha3. jangan lupe bagitahu aku. leh aku usha2 sket.
hari rabu haritu, aku gi la IOI Mall, sbb amik awek aku kat umah kakak dia kat puchong.. gi awal tu.. kul 10.30.. beratur panjang la gak.. sampai2 kat kaunter.. kul 6.30 je yg ade.. aku mcm.. “WTF!!!” so, x tgk wayang la.. sedey la gak.. TAPI, aku dah booking tiket online td.. kat bukit raja sabtu nie.. aku try booking online kat gsc mvalley.. tp full! maleh la nak beratur.. so g jer la bukit raja sabtu ni! yeah!
p/s: sorry bro. panjang2 lak aku comment! :-\”
kalau kau book secara online, memang akan penuh coz seat2 belah belakang telah dorang tempah untuk phone booking. if kau nak, kau kene buat phone booking.
aku dulu ada jugak try nak booking gune online untuk cathay cineplex. semua seat kat row2 belah blakang dah penuh. tapi bile esok hari nye aku call nak book tiket, tengok2 ada rupenye seat2 yang belakang tu. aku rasa dorang memang saja buat macam tu.
tapi…yang payah nye adalah masa nak buat phone booking tu la. line engage aje.
aku dah book tiket online. kat bukit raja sabtu ni. TGV. GSC Midvalley penuh aku book online. kat bukit raja ni ade lak, sbb setiap stgh jam ngan sejam ade dari pagi huhuh. byk tul spiderman 3 nyer show sabtu tu. book online TGV siap leh choose seating lagi. aku dapat best seat!! yeah!
kat midvalley tu aku rasa dalam 5-6 panggung kot dorang gune untuk tayang spiderman. macam aku pergi aritu, banyak gak panggung yang die gune untuk tayang spiderman. even dah banyak tayangan pun masih penuh lagi. ish3. hebat betul penangan spiderman nih.
mmg hebat la.. 100 juta dapat dlm sehari.. peh!!!
100 juta sehari worldwide atau kat malaysia je? hebat seh… bile la malaysia nak buat sebuah cerita yang leh dapat kutipan macam tu. hu3.
spder man…aq da ngok da cter 2…best!!!!=|