Mr Bean’s Holiday dapat Suave

Part 1: Mr Bean

Pada hari Isnin baru-baru ni, aku telah pergi menonton wayang bersama si Dia. Hu3. Kami tengok cerita Mr Bean’s Holiday.

beanholidayposter.jpg

Korang dah tengok belum cerita tu? Overall, aku bagi 3.5 bintang. Aku rasa cerita dia yang sebelum ni lagi best dari yang ni. Cerita kali ni tak berapa menarik sangat. Tapi ada jugak la yang menarik sehinggakan aku tergelak dan riuh rendah jugak panggung pada waktu tu.

Part yang paling kelakar semasa… Entah.. Aku pun tak ingat… Hu3. Tapi memang ada la part yang lawak sangat-sangat dalam tu. Aku pun terlupa. Kui3.

Kepada mereka-mereka yang belum tengok lagi cerita Mr Bean ni, aku rasa better korang gi tengok walaupun memang cerita ni dah lama. Tapi tak la lama mana kan…

Nak baca sambungan dia…

Domain dan Hosting

Ho3. Kali ini aku telah ditag oleh Aman. Die dah lama dah tag aku sebenarnye. >:) Tapi sebab internet kat kolej aku ni down menyebabkan aku tidak dapat mengupdate website aku. Hu3. ^:)^ Tag kali ini berkisahkan mengenai domain dan hosting yang aku guna. :)

Da Free
Pada permulaanya, aku hanya tahu menggunakan free domain dan juga hosting saja. :-b Macam-macam tempat and service yang aku dah cuba. Di antaranya, geocities, tripod, bravenet, 50megs, 50webs dan bermacam-macam lagi. Tetapi, kalau yang free, aku prefer yang 50webs coz dia nyer service takde ads and korang ada ftp akaun. So lebih senang untuk transfer file berbanding dari korang gune file manager. :)>-

Dan untuk pengetahuan korang, aku dulu ada gak buat blog. Tapi menggunakan HTML saja. Maksudnye, aku akan edit dan tambah setiap file2 aku secara manual. Hu3. Memang payah dan memang melecehkan. #:-s

Kemudian, aku berjinak-jinak untuk menggunakan website bersistem PHP. Tetapi, aku tidak mempunyai hosting yang ada PHP. So aku pun menggunakan khidmat dari rakan-rakan internet aku. Banyak jugak la rakan-rakan yang sudi bagi aku subdomain free. Macih kepada korang semua… Terutama kepada blogger2 dekat WBC. =d> Hu3. Btw mana menghilang WBC tu? Takde sape2 yang nak on kan balik ke? :-

Da Paid
Permulaan aku untuk membeli domain and hosting sendiri apabila, website yang aku buat dengan hosting member aku tu mendapat pagerank 5. :d Ini telah menguja aku untuk membeli domain and hosting. Ditambah dengan perasaan yang bersungguh2, aku pun mencari dan bertanya kepada rakan-rakan internet dan juga En Google. ;)) En Google ni sangat peramah dan die telah memberikan aku cadangan untuk menggunakan perkhidmatan dari company Internet Webhosting. Sebuah company hosting Malaysia.

Bagi mereka yang tidak tahu, aku telah menggunakan service dorang sejak tahun 2005. <:-p Maksudnya, dorang mempunyai perkhidmatan yang baik dan memuaskan. =d> Setakat ini, tidak berlaku sebarang masalah “down” pada website aku. Mungkin ada, cuma tidak lama. Dan dorang punya support memang ok. Setiap email akan dibalas. Tapi kadang-kadang, lambat jugak dorang balas. Pepehal pun, dorang still akan balas. So kepada sesape yang nak beli hosting tu, boleh la beli dari company tu. Murah dan berbaloi. :d Hanya RM80 setahun sahaja.

Berikut merupakan spesifikasi hosting aku yang sekarang ini:

3 Gb webspace
50 Gb Bandwith
All features supported

Sekiranya korang berminat, korang boleh gunakan link promotion aku ni. Dengan ini, korang akan dapat semua bende-bende kat atas tu. :-b Kalau tidak, korang akan hanya dapat:

2 Gb webspace
20Gb bandwith
All features supported

Rugikan? Yup! Memang rugi. [-x Hu3.

Untuk domain pulak, aku beli dari brader Slumbermann. Setakat ni aku tiada apa-apa masalah dengan service dia. Semuanya ok je. Hu3. Kalau ada apa-apa masalah aku just terus direct je contact dia melalui YM. ;))

So, orang seterusnya yang akan meneruskan lagi tag ini adalah:

  1. Slumberman – Mari kite lihat bagaimana permulaan dia wujud dalam dunia internet
  2. Rasso – UTM yang ku kenal dalam internet
  3. Azhar Ahmad – Sama macam Rasso