Yosh! Just nak cakap beberapa perkara. Yang pertama, aku dah kat rumah! Hua3. Jangan jeles bagi sape-sape yang belum habis exam lagi. Terutama mereka-mereka yang blaja kat UTM Skudai tu, Azhar, Lan, Nova dan Gie .
Yang kedua, aku dah verifykan dah akaun paypal aku. So kepada sesape yang nak derma atau kalau duit dalam paypal tu dah banyak sangat, leh je bagi kat aku. Terima kasih diucapkan kepada mereka-mereka yang murah hati itu. Uhuk!
Yang ketiga, korang tahu tak LI tu cite ape? Korang pernah tengok tak cite tu? Aku pun tak pasti samada cite LI tu memang sebuah cite yang dah wujud atau tidak. Tetapi kali ini aku ingin buat entry yang bersiri yang aku namakan sebagai, LI – The Series. Ada macam tajuk cite kat tv tak? Ada tak? Kui3.
Tapi ape maksud LI tu? LI tu merupakan singkatan untuk Latihan Industri. Dan kenapa The Series? Maksudnya adalah aku ingin buat entry bersiri sepanjang aku LI. Maksudnya korang akan mengikuti hari-hari LI aku selama 3 bulan. Lama kan? Ye, memang lama. Bosan? Jangan lar… Puleez…
Tetapi, ianya bukan bermaksud setiap masa aku akan bercerita mengenai LI aku. Tapi aku akan post seperti biasa. Cerita pasal itu, ini. Korang tunggu je lah nanti. Hu3. Siri ni akan bermula pada 3hb April 2007 bersamaan dengan hari Khamis dan tamat pada 6hb Julai 2007. InsyaAllah… So korang biasa-biasakan lah datang menjenguk website aku nih. Kalau susah sangat, korang subsribe ajer feed aku nih ha.
Btw just nak berkongsi sedikit mengenai LI yang bakal aku buat nanti. Kalau korang nak tahu la. Kalau taknak korang leh terus jump ke ruang komen kat bawah sana tu. Ces!
Mungkin ada dikalangan korang yang pernah mendengar atau bercerita mengenai perkara-perkara yang pelik dan aneh. Atau mungkin ada dikalangan korang sendiri yang pernah melalui perkara-perkara aneh itu. Walaubagaimanapun, di sini aku ingin berkongsi dengan korang semua sebuah video yang peristiwanya berlaku di Muscat, Oman.
Ceritanya bermula apabila orang kampung mendengar seperti ada orang membaca Al-Quran pada waktu malam di masjid. Apabila orang kampung pergi ke masjid tersebut, tiada pun orang yang kelihatan tetapi hanyalah sehelai sejadah yang sedang duduk antara dua sujud (seperti dalam solat) dan bergerak ke kiri dan ke kanan seperti berzikir.
Saksikan…
Korang tidak percaya? Saksikanlah sendiri video di bawah ini.
Kali ini aku telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad. Adoi… Tag kali ini berkisah mengenai lagu-lagu ada kaitan dengan nostlagia aku pada umur aku 18 tahun. Yakni pada tahun 2005. Berikut merupakan peraturan tag ini.
Yay! Ni merupakan entri aku yang ke-100. Dah tua dah blog nih ye? Dah 100 dah “anak” yang dilahirkan. Hu3. Baru-baru ini, Mael pun baru sahaja mencapai entrinya yang ke-100 dan kali ini, giliran aku pula. Hua3.
Anda tahu ada apa dengan 100? Berikut merupakan di antara yang belaku dan yang berkaitan dengan nombor 100.
Merupakan bilangan tahun bagi kurun.
Orang yang umur dia 100 tahun digelar sebagai centenarian.
Merupakan bilangan yang standard bagi kepingan-kepingan Scrabble.
Nombor telefon polis bagi negara India, Greece dan Israel.
Nombor operator telefon di Telekom.
Merupakan nombor telefon ambulans di Belgium.
Berlari pecut 100 meter.
Apa lagi ya dengan 100? Hurm…100 batang lilin untuk blog ini mungkin. Hu3. Macam sambut hari jadi dia pulak kan kan? Kui3.
Yang selama ini ditunggu-tunggu sudah tiba. Kali ini ia kembali dengan pelbagai kelainan. Bermula pada 16 April 2007 dan akan berakhir pada 27 April 2007 merupakan hari-hari yang penuh debaran. Segala persiapan belum lagi selesai tetapi ianya harus ditempuh dengan pelbagai cabaran.
Berikut merupakan tarikh-tarikh pertempuran yang bakal berlaku:
16 April 2007 – Mikropemproses
18 April 2007 – Prinsip Perhubungan
24 April 2007 – Statistik Kejuruteraan
27 April 2007 – Kejuruteraan Perisian
28 April 2007 – MUET*
Doakanlah supaya aku selamat dan mempermudahkan aku dalam berjuang dan bertempur di dewan peperiksaan. Kepada mereka-mereka yang akan turut bertempur, aku ucapkan selamat berjuang. Semoga anda pulang dengan gembira dan mendapat keputusan yang cemerlang.