Theme baru - CypherFS Orange

Alhamdulillah… Akhirnya… Dapat jugak aku hasilkan theme baru. Theme ni aku namakan sebagai CypherFS Orange sebab main colour die adalah warna oren. :d

cypherfs-orange.jpg

Kerja2 pembinaan bermula pada 7 Mac 2007. Tapi disebabkan aku sibuk and busy, aku terpaksa menangguhkan pembinaan theme ni sehinggakan aku hampir terlupa akan kewujudan nye. [-( Tu pun teringat balik pasal theme ni bila aku melawat blog Neutronics. Die baru sahaja mengupload theme die yang baru. Smart and lawa theme dia. =d>

Kalau korang perasan, macam ada sedikit persamaan antara theme aku ni ngan theme die. Thats why dalam komen aku tu aku cakap, aku harap theme ni tak dianggap seperti ciplak dari site die. :-s Bukan aku nak ciplak pun, just memang aku nak buat theme macam ni. Hu3. :p

Pepehal pun, theme nih masih dalam status testing lagi. Coz kat local, theme nih ok je. Tapi kalau secara online, belum dipastikan lagi. Dats why aku rasa akan ada masalah yang berlaku pada theme nih. [-o< So sekiranya korang menjumpai apa2 masalah beritahu aku cepat so aku dapat fix kan masalah tu secepat mungkin. :)>-

Dan sekiranya korang ada apa2 komen, sila2 lemparkan sebarang komen di dalam kotak komen di bawah. :)

8.10? Uwaaa!!!

Semua nye bermula pada pagi tadi. Hari ini aku ada lab Perhubungan Digital yang bermula pada pukul 8 pagi. (:| Permulaan lab akan didahulukan dengan kuiz yang bernilai 20%. Banyakkan 20% tu? Ye, memang banyak. :-w Nak disedapkan cerita, lab kali ini, aku kene buat lab report panjang. Korang yang mana student FKE tu tahu la, report panjang die macam mana. So, aku takleh la nak buat main2. [-x

osi.jpg
Agak2 berapa harga bende ini?

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku bangun lewat. @-) Sedar2 jam pukul 8.10 pagi. HUH??? Tu pun tersedar bile lab-mate aku miskol aku. Aku terus bangun dari katil, gi bilik air, buat tu, buat ni, then gi lab. Sampai2 lab, je budak2 ni semua dah habis jawab kuiz tu. :-<

Bile aku duduk je kat kerusi, datang technition, tanya apsal lewat, blablablabla… Panjang jugak la die berleter “bercakap” :-@ dengan aku. Aku pun, mengiyakan aje ape yang die cakap kan tu. Hu3. Maafkan saya encik… Bukan saya saja nak lewat… >:/

Selepas kene sembuq, aku pun mula buat lab aku tu ngan group aku. Tapi tadi sempat jugak la aku snap beberapa pic untuk aku masukkan dalam lab report panjang aku nanti. Tapi gambar bawah ni, aku tak masukkan la dalam report aku tu… b-)

labaku.jpg
Berselirat sungguh wayar-wayar itu

Bile dah siap lab tu semua, aku ngan group aku pun gi la hantar short report kitorang. Technition tu tanya, tak buat kuiz kan? Aku mengiakan pertanyaan die. Borak2 sikit ngan die (pasal lab la), then aku pun balik. :-b Harap2 die bagi markah free la untuk kuiz aku tu. [-o< Hu3.

Adibah Noor - Hujan (Mukhsin OST)


Adibah Noor - Hujan (Mukhsin OST) | Download [via Manchur]

myNote: Disebabkan aku tak mereview cerita Mukhsin, so aku gantikan dengan lagu soundtrack die, lagu Hujan nyanyian Adibah Noor.

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

myNote: Lagu itu distream dari website aad_lfcfn.

Mukhsin, aku kering…

Semalam (17 Mac) aku kuar gi jenjalan tengok wayang cite Mukhsin dengan si Dia kat City Square. Kemudian dalam perancangan, pas tengok wayang, kitorang akan singgah JJ kat Taman U untuk beli barang sikit then gi makan. Kitorang bertolak dari UTM dalam pukul 11.45pagi macam tu. Tiket wayang dah ditempah. So tidak perlu risau lagi. Pada waktu tu, duit dalam dompet aku ada la dalam RM20. Aku ingat nak draw duit kat KOMTAR. So aku pun mengabaikan ATM kat KTC ni. Hu3.

Mukhsin

Bila sampai je KOMTAR, tempat tujuan aku yang pertama adalah, BCB. Bile sampai je dekat slot ATM die tu, mak aih! Mesin die rosak. Aduh… Camne nak jenjalan? Duit sewa kete lagi? Duit makan lagi? Beli barang lagi? Macam2 soalan datang dalam kepala aku. Tapi…nasib baik si Dia ada duit lebih. So kitorang pun meneruskan aktiviti yang dirancang untuk tengok wayang.

Pas je kitorang tengok wayang kitorang pun gi la singgah JJ Taman U tu coz nak beli barang n nak draw keluar duit dari ATM yang ada kat situ. Tengok2, kat situ pun BCB die pun rosak jugak. Then kitorang berdua pun berjalan lintas cross-over nak gi kat Bank BCB kat seberang jalan. Sampai situ, slot die pun tergendala jugak. Uwaaa… Nape ni…? Tak putus asa lagi, kitorang gi draw kat Maybank. Nak try draw gune MEPS. Tapi takleh jugak. Aduh…

Nak taknak, kitorang terpaksa balik UTM and singgah kat BCB UTM. Still mengecewakan. Semua ATM yang ada dalam UTM pun takleh gune jugak. Last2 pinjam duit kawan si Dia, Lin namanya… Dah pinjam duit dari die, kitorang pun gi la beli barang and makan malam. Huk3.

Dalam pukul 10 camtu, kitorang pun balik… Bile sampai je bilik, aku ceritakan apa yang berlaku pada member aku. Rupe2nye, pada hari Sabtu tu, BCB tengah meng-upgrade dorang nyer service. Thats why semua mesin ATM BCB tergendala and takleh nak draw duit gune MEPS. Adoi… Kesimpulannye, kalau korang nak kuar, standby la duit cukup2. Jangan mengharapkan bende yang tak pasti. Nanti susah korang…

ps: Cube kira berapa banyak perkataan “jugak” dalam entri ni?

Janganlah diabaikan website mu itu…

Entri kali ini berkisah pasal website anda. Ya… Website anda. Website kamu la.

Ke”chipsmore”an internet kat blok aku ni menyebabkan aku malas nak update. Sekejap dapat surf, sekejap tak dapat surf. Last2 aku duduk termenung and buat something untuk berikan sesuatu yang baru kepada website ni. Kirenye sebagai hadiah la sebab tak dapat update.

Kesian aku pada website ni menyebabkan aku ingin memberikan sesuatu yang dapat menyegarkan dan menggembirakan semula hatinya. Website kite sememangnye bukan suatu bende yang hidup. Tetapi kite haruslah menjaga nye kerana kita yang membina dan membentuknya. Janganglah korang mengabaikan ia sebegitu sahaja kerana bende bukan hidup juga mempunyai perasaan.

Tidakkah korang ingat betapa gembiranya korang bile dapat membangunkan website korang itu? Tapi sekarang, kenapa perasaan itu dah tiada? Sebut pasal perasaan bagi bende yang bukan hidup ini, aku ingin memberikan dua situasi. Pernah tak korang dengar atau mengalami situasi sebegini?
Nak baca sambungan dia…