Mejaku, Tempatku Busy

Saya telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad yang merupakan blogger seuniversiti dan sekolej dengan saya, di UTM ini. Dan berikut merupkan undang-undang untuk tag ini.

Undang-undang: Letakkan gambar stesen kerja anda, bahagian yang paling digemari dalam blog, dan ceritakan serba sedikit hiasan dan apa ertinya susunan/hiasan tersebut kepada anda.. :)

100_5803.jpg

Gambar di atas merupakan gambar meja komputer saya. Boleh dikatakan sebanyak 50% masa saya di habiskan di situ ketika saya di bilik. Tidaklah sekemas mana. Sekadar untuk melrakkan sebuah monitor, dua buah speaker, keyboard dan di bawahnya adalah CPU i-Cute berkelajuan Intel 3.2Ghz dengan memory 512Mb.

Bahagian yang paling digemari adalah di sebelah meja itu sebenarnya. Anda nampak tak, ada katil di sebelah itu? Ya…itu merupakan tempat untuk saya ditiduri menidurkan diri. Pada waktu malam, di situ la saya merehatkan diri. Memang best tempat itu. Hu3. Sekiranya saya penat atau kebuntuan idea, boleh saya terus terjun 360 darjah ke atas katil itu. Tak perlu saya susah-susah melangkah untuk ke katil. :d


Undang-undang tag ini ada menyuruh untuk saya beritahu erti susunan pada meja saya ini. Hurm…tiada maksud yang istimewa. Tiada gambar awek di atas meja (di dekstop komputer ada la… ;)) ). Cuma segala susun aturnya adalah bagi memudahkan saya untuk mengambil dan memulangkan semula barang di tempatnya. Sebagai contoh, adalah printer itu. Bukankah ianya mudah sekiranya ia diletak bersebelahan meja komputer itu? Hu3.

Dan dibawah printer itu merupakan rak makanan. Namanya sahaja rak makanan tapi jarang sungguh saya meletakkan stok-stok makanan saya di situ kerana, tidak sampai 2 hari, sudah habis stok makanan yang dibeli. Ish3.

Di soft-board itu pula merupakan tempat untuk saya meletakkan tag-tag nama program yang pernah saya ikuti. Disamping itu, saya turut menghias dengan tiket-tiket wayang yang pernah saya tonton. Ada banyak juga sehingga saya kehabisan tempat untuk menambah koleksi tiket-tiket itu.

Sekadar itu sahaja yang dapat saya bagitahu. Dan bagi meneruskan kerja-kerja penambahan ini, saya telah mencari 5 mangsa untuk ditag. Mereka yang bertuah adalah,

  1. Amanz
  2. Azurt
  3. Neutronics
  4. Ramzwatcher
  5. Madnilk

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

21 Responses to “Mejaku, Tempatku Busy”

  1. Huhuhuhu, telahanku salah… Nguahahha… Tapikan…. Saya satkdela rak makanan, pasal makan merata-rata tempat di bilik saya…. Hahhahahah

    March 28th, 2007 | 10:21 am | Reply
  2. uhuhu.. alamak kena lagi.. hehe

    March 28th, 2007 | 12:24 pm | Reply
  3. huish, wahsei…… dah kena plak nampaknya!!

    nanti yerk sy buat , tapi kan….. bilik sana macam tak besar jerk

    March 28th, 2007 | 1:47 pm | Reply
  4. Azhar Ahmad on March 28, 2007 at 10:21 am said:

    Huhuhuhu, telahanku salah… Nguahahha… Tapikan…. Saya satkdela rak makanan, pasal makan merata-rata tempat di bilik saya…. Hahhahahah

    owh… kalau macam tu, leh la aku gi bilik kau rembat makanan2 itu. nguahahaha… :))

    neutronics on March 28, 2007 at 12:24 pm said:

    uhuhu.. alamak kena lagi.. hehe

    erks! dah pernah kene ke?

    madnilk on March 28, 2007 at 1:47 pm said:

    huish, wahsei…… dah kena plak nampaknya!!

    nanti yerk sy buat , tapi kan….. bilik sana macam tak besar jerk

    sebelah printer tu sebenarnye ada lagi meja. meja untuk aku study. tak la besar mana bilik tu, tapi ok la. :d

    March 28th, 2007 | 2:23 pm | Reply
  5. aku takde kamera digital ar nak tangkap gambar komputer aku nie.. :(

    March 28th, 2007 | 3:15 pm | Reply
  6. Apa kabar junior2 sekalian? Oh, saya pun dari UTM jugak.. tapi dah grad dah..

    Komputer sebelah katil? biasalah tuh masa belajar kan.. tapi saya ada baca satu artikel dulu mengatakan yang tak elok dalam bilik tidur kita ada peralatan elektronik.. sebabnya peralatan elektronik ni mengeluarkan gelombang tertentu walaupun waktu ianya di offkan.. bila kita tidur, minda kita berada dalam keadaan separa sedar dan boleh terpengaruh dengan gelombang tersebut..

    Kesannya? Saya tak ingatlah.. lain kali ye cerita..

    March 28th, 2007 | 3:25 pm | Reply
  7. kena tag ke? dah amek gambar, tapi tak ley transfer laks… nnt ek

    March 28th, 2007 | 6:45 pm | Reply
  8. aman on March 28, 2007 at 3:15 pm said:

    aku takde kamera digital ar nak tangkap gambar komputer aku nie.. :(

    apa lagi? gune la anset mu yang power itu. hu3.

    cikgu azleen on March 28, 2007 at 3:25 pm said:

    Apa kabar junior2 sekalian? Oh, saya pun dari UTM jugak.. tapi dah grad dah..

    Komputer sebelah katil? biasalah tuh masa belajar kan.. tapi saya ada baca satu artikel dulu mengatakan yang tak elok dalam bilik tidur kita ada peralatan elektronik.. sebabnya peralatan elektronik ni mengeluarkan gelombang tertentu walaupun waktu ianya di offkan.. bila kita tidur, minda kita berada dalam keadaan separa sedar dan boleh terpengaruh dengan gelombang tersebut..

    Kesannya? Saya tak ingatlah.. lain kali ye cerita..

    owh… tapi bagaimana pula sekiranya kami memang perlukan komputer dan barang2 elektronik?

    azurt on March 28, 2007 at 6:45 pm said:

    kena tag ke? dah amek gambar, tapi tak ley transfer laks… nnt ek

    okies… hu3.

    March 28th, 2007 | 7:30 pm | Reply
  9. owh… ni la manusia yg mule tag org nie.. wakaka :d

    March 29th, 2007 | 8:03 am | Reply
  10. komputer kat situ..pastu tido bantal kat sebelah..memalam komputer tuh sedut minda ko..wehehe..

    bese la student bilik centu ye tak..ahakz..

    March 29th, 2007 | 10:26 am | Reply
  11. pluginbaby on March 29, 2007 at 8:03 am said:

    owh… ni la manusia yg mule tag org nie.. wakaka :d

    chop! bukan aku eh… orang lain.. :p

    xeroxaven on March 29, 2007 at 10:26 am said:

    komputer kat situ..pastu tido bantal kat sebelah..memalam komputer tuh sedut minda ko..wehehe..

    bese la student bilik centu ye tak..ahakz..

    aku rasa, aku yang sedut minda komputer tu. hu3.

    March 29th, 2007 | 11:17 am | Reply
  12. atas monitor ko tu…
    wireless ke?:d

    March 29th, 2007 | 1:39 pm | Reply
  13. aah. wireless device member aku. yang aku punya, d-link aku tak tahu nape die takleh nak connect kat access point kolej aku.

    March 29th, 2007 | 1:52 pm | Reply
  14. sempit giler bilik kat blok ko. seb baik bilik aku luas.
    cikguazleen : alat elektronik tu mmg bahaya ke? atau gurau gurau punya bahaya? henset letak bawah bantal sbgai alarm apa macam? ada bahaya ka?
    aku rela dapat bahaya gelombang daripada bahaya tak bangun2 utk gi kelas.
    haha!!

    March 29th, 2007 | 3:57 pm | Reply
  15. tak sempit lewr… besar gak dowh. tapi tak la besar macam dekat S42 tu. hu3. macam yang aku cakap dekat komen yang sebelum ni, sebelah printer tu ada lagi meja. meja untuk aku study. tapi tak la study sangat. hu3.

    March 29th, 2007 | 4:06 pm | Reply
  16. huhu teringat aku masa blajaq dulu.. bilik kolej! hehe

    April 3rd, 2007 | 10:36 pm | Reply
  17. hu3. hang nak sambung blajaq balik ka? :-\”

    April 11th, 2007 | 1:04 pm | Reply
  18. sim you jin

    August 26th, 2007 | 9:10 am | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: