Apabila 4 menjadi 1
Ramai rakan-rakan blogger saya merupakan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi. Dan ada juga yang masih sedang di alam persekolahan dan ada juga yang sudah berkerjaya. Di antara tiga kategori ini, saya tergolong dalam kategori yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam, Universiti Teknologi Malaysia. ![]()
Memang lumrah untuk setiap pelajar universiti mahupun sekolah untuk pergi ke kelas pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi, salah satu perbezaan antara pembelajaran di universiti dan sekolah adalah, di universiti, anda tidak boleh mengagak apa yang bakal berlaku pada jadual pembelajaran anda.
Dan kadang kala, ianya mengembirakan
dan ada juga yang mengecewakan.
Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah mengembirakan. Kenapa?
Hari ini sepatutnya kelas saya bermula dari pukul 8 pagi
(Prinsip Perhubungan, 8.00 - 10.00am) dan berakhir pada pukul 12 tengahari (Statistik Kejuruteraan, 10.00 - 12.00pm).
Kepadatan selama 4 jam kelas itu amat memenatkan. Namun, satu keajaiban telah berlaku pada hari ini apabila kelas pada pukul 8 itu, tamat pada pukul 9. Sejam lebih awal dari masa yang sepatutnya. Dan kelas, Statistik Kejuruteraan yang sepatutnya bermula pada pukul 10 dan tamat pada pukul 12 itu, telah dibatalkan oleh pensyarah sendiri.
Tidakkah anda berasa gembira apabila mendengar khabar sedemikian? Bagi saya, ianya sudah semesti mengembirakan. ![]()
Tetapi, masalahnya, apa yang perlu saya buat selepas itu? Tidur? Makan? Study? Atau mengira berapa kali kipas yang berkelajuan 3 ini berpusing?
Sekiranya anda berada di tempat saya, apa yang anda akan lakukan? ![]()
ps: Saya membuat entri ini sebaik sahaja saya pulang dari kelas pada pukul 9 itu. ![]()
Baca Yang Ni Pulak
- Makin hari, makin ramai yang menjadi blogger - Pada mula-mula aku berkenalan dengan blog, aku menjadikan Blogdrive...
- Mari join buat projek - Saya sedang mengusahakan satu projek yang bagi saya memang bernilai...
- Komen dan Avatar anda - Disebabkan saya sudah menggunakan theme yang baru, mungkin ada dikalangan...
- Apabila Celcom Broadband Bermasalah - Aku sudah menggunakan Celcom Broadband hampir dekat setahun atau...
- Cuti Seminggu untuk Latihan Industriku - Ya... Saya ketika ini sedang cuti berehat di rumah. Bukan...

Saya akan cuba mengisi masa lapang dengan surf internet.cari bende baru..hohoho
/
aku pun tengah mencari bahan2 untuk site aku skang ni. dari pagi tadi pas kelas kul 9 tu. hu3.
aku biasa on pc. sedut ape ape yg patut. landing atas katil sejam dua then bangun balik tgk hasil daripada aktiviti penyedutan tadi. kheh kheh kheh tak pun aku cuba belajar ape ape benda pelik kat tenet ni.
study? takleh2 aku ni pelupa. study awal2 nanti sari dua nak exam kena study lagi -_-’
owh… aku kalau nak sedut kat sini payah. internet tak stabil. kadang2 ok. kadang ko. adui…
Kalo saya? Gantikan tidur yang tak pernah cukup…….
Fakta : Saya dah tak cukup tidur start masuk universiti tahun 97 dahulu!
semalam ada juga aku menidurkan diri. he3. tapi tak la lama mana.
tido ka? tak pernah cukup
.. aku dah lepas laa kot zaman nih .. 
ceh… dulu2 kau tido jugak kan…
kalau time tu time pagi, mmg aku akan tido nye… kalau time tu tengahari an keatas, aku akan kuar ataupun men dota serta membuat apa yg patut kat lappy… hehe
sesungguhnye tiap2 minggu aku dpt peluang camtu.. mmu ni asik2 cancel je klas.. nasib baik bkan aku yg bayar yuran.. uhuhu..
bro.. nk tny jap… subjek2 tu sume bahasa melayu ke? kalau camtu sure skor punye… yg aku ni, english tu menyusahkan jek.. mmg bagus utk psrn kerja.. tapi amat menyusahkan student cam aku.. uhuk
kalau lect tu ckp betul2 x pe gak.. ni ikut sedap hati je nk slang ape yg diorang suke..
aku nyer subjek ada yang melayu ada yang english. setakat ni ok la. tapi kekadang tu lagi senang baca yang BI punya coz dah biasa gune ayat2 soalan yang dalam BI.
kalo aku….
tdo la coz tdo mlm xpnh cukup jer–>jdik kelawar-tenet sntiasa smooth time nie-donlot series+movies wakakaka
sama la macam aku. memalam duk online coz internet die laju.