Buka… Masuk… Darah… Sakit…

Perkara ini berlaku pada petang tadi dalam pukul 3 lebih macam tu. Aku pergi ke suatu tempat yang semua orang (tapi tak semua aku rasa) takut nak pergi. Tapi aku memberanikan diri untuk pergi ke tempat itu.

So aku pun pergi. Nak masuk tempat tu, bukan calang2 orang boleh masuk. Korang akan diberikan no giliran. Ye, no giliran untuk masuk. Aku pun tunggu giliran aku untuk dipanggil. Perasaan aku pada ketika itu tidak terkata. Cuak weh… Macam2 dorang leh buat pada aku. Aku bukan leh buat apa2 pun. Dorang ramai…

Tiba, masa aku tengah mengelamun tu, dorang panggil aku masuk ke dalam sebuah bilik. Terkejut aku. Masuk2 je dalam bilik tu, dah disediakan tempat untuk aku baring. Dorang suruh aku baring. Aku pun baring la. Tak berani aku nak fight ngan dorang. Sebab ada sorang tu macam big boss. Siap ada dua bodyguard kat kiri dan kanan die. Cuak aku mase tu.

Dalam aku tengah baring tu, boss die tu suruh aku bukak. Aku pun bukak la kan. Tibe2 die masukkan something ke dalam. Aduh… Sakit nye aku… Then die tarik keluar. Then die masukkan lagi. Aduh lagi… Siap berdarah2 lagi aku waktu tu. Sakit weh. Tapi tak la sakit mana. Tapi terasa la jugak kesakitan tu.

Lama gak la dorang menggodak2 aku. Sakit ada, ngilu pun ada. Darah meleleh lagik. Tapi aku tak leh buat apa2. Kalau tak, lagi sakit aku kene. Aku terpaksa merelakan diri aku ni. Huk3.

Dalam setengah jam macam tu, akhirnye boss die tu mengeluarkan bende tu. Lega aku… Phew… Die suruh aku keluar dari bilik tu and aku pun balik. Tapi masih terasa sakit lagi. Masa aku balik bilik pun masih terasa sakit.

Sampai bilik, aku tengok kat cermin. Dah hilang dah satu gigi geraham aku. Huk3. Korang yang belum kene cabut gigi geraham kekal tu, jaga la gigi korang elok2. Jangan jadi macam aku ni. Macam mana tah pada 5 tahun yang lepas, gigi geraham aku leh terbelah dua. Ish3. Then petang tadi baru gi cabut gigi tu. Huk3.

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

10 Responses to “Buka… Masuk… Darah… Sakit…”

  1. [...] cypherhackz [...]

    March 6th, 2007 | 1:12 am | Quote
  2. Hoh sakit thooooo aku dulu siap minor surgery bagai :-s

    March 6th, 2007 | 1:13 am | Quote
  3. Idokler saya nok gi ke kelink gigi Yutieng tu!

    March 6th, 2007 | 7:45 am | Quote
  4. huhuhu…suspen jer bce wk2 awl2….jgn lupe komen blog aku k..

    March 6th, 2007 | 11:21 pm | Quote
  5. aku ingat kan derma darah rupanya lain citt ehhehe

    March 8th, 2007 | 9:30 am | Quote
  6. skang ni gusi ku dalam proses nak baik. hu3. tapi masa makan puas sangat coz nak kunyah sebelah jek. 8-|

    March 8th, 2007 | 2:12 pm | Quote
  7. huhu aku pun igt derma darah :d

    March 9th, 2007 | 7:42 pm | Quote
  8. banyak sangat makan cokelat. abih la gigi hang.. huhu :d/

    March 10th, 2007 | 12:12 pm | Quote
  9. manchurr on March 9, 2007 at 7:42 pm said:

    huhu aku pun igt derma darah :d

    bukan derma darah la… ;))

    darkz05 on March 10, 2007 at 12:12 pm said:

    banyak sangat makan cokelat. abih la gigi hang.. huhu :d/

    aku rasa bukan pasal coklat. he3. ala…tak best la if makan coklat leh rosak gigi. :(

    March 11th, 2007 | 8:13 am | Quote
  10. edila

    dh agk dh msti g jmp dktor gigi…hamoeh tul, wt suspen jer…:-w

    January 30th, 2008 | 10:00 am | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »