March 29th, 2007Projek11 Comments
Saya sedang mengusahakan satu projek yang bagi saya memang bernilai untuk semua. Projek ini dinamakan sebagai Wordpress Tips & Tricks Collection.
Mungkin ada dikalangan anda yang sudah tahu mengenai ini kerana saya sudah mengumumkannya di website utama saya. Tujuan saya membuat projek ini adalah, saya ingin menggabungkan semua tips-tips yang ada yang berkaitan dengan Wordress di dalam satu koleksi yang besar. Koleksi ini akan mempunyai link-link ke tips-tips Wordpress yang terdapat di blog/website.
Tetapi, saya ingin meminta jasa baik anda, sekiranya anda ada membuat tips atau tricks mengenai Wordpress, anda bolehlah menghantarkannya dengan men-trackback entri anda itu pada entri saya ini. Dengan itu, ianya dapat menjimatkan masa saya dalam mencari tips-tips yang ada.
Apa kelebihan yang anda akan peroleh dari ini adalah, sebagai pengguna Wordpress yang baru, anda dapat belajar teknik-teknik dan tips untuk mengoptimumkan penggunaan Wordpress anda itu. Dan bagi kepada mereka yang membuat tips, anda akan mendapat trafik dan pengunjung dari koleksi yang dibuat.
Dan untuk pengetahuan, projek ini mempunyai 3 fasa. Fasa yang pertama telah bermula pada hari Selasa yang lepas dan akan berakhir pada Selasa minggu hadapan iaitu pada 3 April 2007. Fasa kedua dan ketiga akan menyusul kemudian.
Apa lagi yang anda perlu tunggu? Mulakan trackback anda dan beritahu pada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih…
Saya telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad yang merupakan blogger seuniversiti dan sekolej dengan saya, di UTM ini. Dan berikut merupkan undang-undang untuk tag ini.
Undang-undang: Letakkan gambar stesen kerja anda, bahagian yang paling digemari dalam blog, dan ceritakan serba sedikit hiasan dan apa ertinya susunan/hiasan tersebut kepada anda..

Gambar di atas merupakan gambar meja komputer saya. Boleh dikatakan sebanyak 50% masa saya di habiskan di situ ketika saya di bilik. Tidaklah sekemas mana. Sekadar untuk melrakkan sebuah monitor, dua buah speaker, keyboard dan di bawahnya adalah CPU i-Cute berkelajuan Intel 3.2Ghz dengan memory 512Mb.
Bahagian yang paling digemari adalah di sebelah meja itu sebenarnya. Anda nampak tak, ada katil di sebelah itu? Ya…itu merupakan tempat untuk saya ditiduri menidurkan diri. Pada waktu malam, di situ la saya merehatkan diri. Memang best tempat itu. Hu3. Sekiranya saya penat atau kebuntuan idea, boleh saya terus terjun 360 darjah ke atas katil itu. Tak perlu saya susah-susah melangkah untuk ke katil. :d
Nak baca sambungan dia…
Ramai rakan-rakan blogger saya merupakan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi. Dan ada juga yang masih sedang di alam persekolahan dan ada juga yang sudah berkerjaya. Di antara tiga kategori ini, saya tergolong dalam kategori yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam, Universiti Teknologi Malaysia. :-b
Memang lumrah untuk setiap pelajar universiti mahupun sekolah untuk pergi ke kelas pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi, salah satu perbezaan antara pembelajaran di universiti dan sekolah adalah, di universiti, anda tidak boleh mengagak apa yang bakal berlaku pada jadual pembelajaran anda. :-w Dan kadang kala, ianya mengembirakan <:-p dan ada juga yang mengecewakan. [-( Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah mengembirakan. Kenapa?
Hari ini sepatutnya kelas saya bermula dari pukul 8 pagi (:| (Prinsip Perhubungan, 8.00 – 10.00am) dan berakhir pada pukul 12 tengahari (Statistik Kejuruteraan, 10.00 – 12.00pm). :-< Kepadatan selama 4 jam kelas itu amat memenatkan. Namun, satu keajaiban telah berlaku pada hari ini apabila kelas pada pukul 8 itu, tamat pada pukul 9. Sejam lebih awal dari masa yang sepatutnya. Dan kelas, Statistik Kejuruteraan yang sepatutnya bermula pada pukul 10 dan tamat pada pukul 12 itu, telah dibatalkan oleh pensyarah sendiri. :d Tidakkah anda berasa gembira apabila mendengar khabar sedemikian? Bagi saya, ianya sudah semesti mengembirakan. >:)
Tetapi, masalahnya, apa yang perlu saya buat selepas itu? Tidur? Makan? Study? Atau mengira berapa kali kipas yang berkelajuan 3 ini berpusing? #-o Sekiranya anda berada di tempat saya, apa yang anda akan lakukan? :>
ps: Saya membuat entri ini sebaik sahaja saya pulang dari kelas pada pukul 9 itu. ;))
Disebabkan saya sudah menggunakan theme yang baru, mungkin ada dikalangan anda yang perasan yang saya ada memaparkan avatar di sebelah komen anda. Avatar-avatar itu merupakan avatar bagi mereka-mereka yang telah mendaftarkan diri di MyBlogLog.

myContoh: Komen Azurt pada entri 5 Tips Dalam Berpasangan
Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk memaparkan avatar anda, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri anda di MyBlogLog dan uploadkan gambar-gambar anda yang cantik dan tampan itu di sana.
Dan setiap kali anda memberikan komen, avatar anda akan dipaparkan disebelah komen anda itu. Tidakkah ianya menarik? ;))
Owh…lupa pula saya. #-o Plugin yang saya gunakan untuk memaparkan avatar itu adalah plugin MyAvatars. Anda boleh menggunakan ia di blog anda sekiranya anda mahu.
March 24th, 2007Tips32 Comments
Sebenarnya, saya sudah lama ingin memberkongsi dengan anda tips ini. Ianya merupakan tips yang dibina oleh dua orang kekasih yang tidak ingin diberitahu namanya (mungkin ada yang sudah tahu ;)) ). Namun, mereka berdua amatlah erat dan bahagia sehingga ke hari ini dan insya-Allah hingga selama-lamanya. Amin…
1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
Nak baca sambungan dia…