Besdayku, Hadiahnya, Ke Tebrau City

myNote: Kisah ini amatlah panjang. Sekiranya anda merupakan seorang yang suka membaca, teruskan lah. Sekiranya tidak, tengok gambar pun jadi la… :p

Pada 21 Februari yang lepas, aku telah menyambut hari ulang tahun kelahiran ku yang ke-20. Tapi kali ini ku rasakan ianya amat bermakna kerana aku menyambut bersama si Dia. :)

Kami menyambutnya sederhana sahaja. Bukan secara besar-besaran dengan belanjawan RM51000 tetapi cukuplah sekadar RM51 sahaja hanya untuk malam itu. Segala perancangan telah dibuat sejak 2 minggu lagi. Dan kami telah pilih Pizza Hut , Taman Universiti sebagai tempat untuk kami celebrate. Hu3.

Tapi sebelum tarikh bermakna tersebut, Dia telah memberikan aku hadiah yang dipenuhi dengan coklat. Di dalamnya terkandung coklat kegemaran ku, Snickers. Ditambah pula dengan ketulan-ketulan Fererro Rocher dan menambahkan lagi keenakan coklat-coklat itu.

20070220 02
Waah…sungguh sedap coklat-coklat ini…

Berbalik semula ke Pizza Hut. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat makan dengan kenyang… So kami telah meng-order, piza regular sebanyak 2 keping. Dan yang akan menghabiskannya hanyalah 2 orang. Tidakkah begitu banyak? Ye… Memang banyak… Banyak sesangat. Hu3. Dia yang cakap hanya mampu makan 2 slice, tapi telah melahap sebanyak 3 slice. Aku pula yang hanya selalu bertahan sebanyak 3 slice, tapi telah menghumban 5 slice ke dalam perut ku ini.

20070221 01
Candid ketika si Dia sedang memilih menu kami

Kalau korang nak tanya samada kitorang dah kenyang atau belum, sudah semestinya kitorang akan menjawab YA. Maunye tak kenyang oi… Tambah lagi dengan air Paipsi nye lagi. Isk3.

20070221 04
Masih banyak lagi yang belum dimakan bukan? Anda mahu?

Dalam lebih kurang 10 malam camtu, aku dengan Dia pun pulang ke UTM semula. Setiba di bilik aku, aku membuka bungkusan hadiah kedua yang diberikannya tadi. Ya…bukan hanya coklat tetapi ada lagi hadiah yang menjadi tanda tanya. Bungkusan yang mempunyai “Teddy Bear” sebagai penghantar kata-kata.

20070221 06
Hi! Saya lah Teddy Bear itu…

Pabila aku membukanya…

20070221 10
Pada anggaran, berapakah harga kotak ini?

Sebuah kotak jam tangan Paris Polo Club yang aku tidak tahu berapa harganya. Adakah RM10, RM50 atau RM5 seperti yang selalu disebut-sebut di hadapan kedai Hinode Shop di JJ itu? Aku tidak tahu…

20070221 11
Dan berapakah pula harga jam ini?

Untuk pengetahuan korang semua, sebelum ini, jam yang aku pakai merupakan pemberian ayah ku sempena aku berjaya memasuki MRSM dulu. Dan setelah 5 tahun, jam itu telah digantikan dengan jam baru. Namun, jam pemberian ayah ku tetap ku simpan dan jaga dengan baik.

Sambutan besday ku tidak terhenti di situ. Pada hari ahad yang lepas, iaitu semalam, kami telah berjalan atau lebih sesuai dikatakan “dating” di Tebrau City. Bukan ku saja membawa Dia ke sana tetapi itu merupakan kali pertama Dia menjejakkan kakinya di sana. Kami makan sama-sama, berjalan-jalan, menonton wayang dan pulang… Dan wayang yang kami tonton adalah ceriat Norbit . Besh! Tu yang aku katakan. Pergi lah tengok sekiranya anda berkesempatan.

Tetapi pada malamnya, kami tidak terhenti di situ sahaja. Dalam pukul 9, kami keluar lagi sekali untuk dinner bersama. Tempat sasaran adalah Restoran Agus . Tempat yang klasik dan penuh dengan ke-baba nyonya-an. Aku order Mee Hailam dan Dia order Kuey Teow Wahtan Ho. Selepas makan, perut sudah kenyang, mari kita pulang…

Picture27
Say Hi from Tebrau City…

Seperti yang sebelum-sebelumnya, aku tidak akan lupakan saat-saat indah ketika bersama dengannya. Hari itu, bertambah lagi satu kenangan manis dan romantis dalam hidup ku.

Thanks sweetheart… :*

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

    No related posts.

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

9 Responses to “Besdayku, Hadiahnya, Ke Tebrau City”

  1. nanti bila ko dah kawen dapat anak nanti.. tunjuk la entry ni kat anak2 ko.. hehehe.. tunjuk betapa romantisnya ayah mak diorg masa muda2 dulu :p

    February 26th, 2007 | 4:06 pm | Reply
  2. wahhh dapat coklat..dapat jam…dapat gi merendek…apekah tema entri ini?

    Sesi berjalan2.. :p

    Happy belated birthday dud.. nak cokelet..

    ….

    :|

    February 26th, 2007 | 4:29 pm | Reply
  3. ZeMMs on February 26, 2007 at 4:06 pm said:

    nanti bila ko dah kawen dapat anak nanti.. tunjuk la entry ni kat anak2 ko.. hehehe.. tunjuk betapa romantisnya ayah mak diorg masa muda2 dulu :p

    itu sudah mesti. he3. ;)

    abah on February 26, 2007 at 4:29 pm said:

    wahhh dapat coklat..dapat jam…dapat gi merendek…apekah tema entri ini?

    Sesi berjalan2.. :p

    Happy belated birthday dud.. nak cokelet..

    ….

    :|

    kui3. macam2 tema untuk kali ini. he3. cekelat? takde dude… dah habeh… :p

    February 26th, 2007 | 8:14 pm | Reply
  4. wahh.. jiwang juga la abang kite ni.. hihihi.. tu kat pizza hut tu tmpt ko duduk tu tmpt aku selalu duk gak..

    February 26th, 2007 | 11:57 pm | Reply
  5. kau penah makan kat sini ke? ape lagi. meh la datang sini, belanja aku pulak. kui3.

    February 27th, 2007 | 12:32 pm | Reply
  6. Ferrero Rocher – Menggemukkan! Ngauhahahah, org tak sedor dirik bagi komen….

    February 27th, 2007 | 8:22 pm | Reply
  7. aku makan banyak mana pun badan aku macam ni. aku pun tak tahu. tapi ok gak, leh makan macam2 tanpa memikirkan kenaikan lemak badan. kui3. :d

    February 28th, 2007 | 8:19 am | Reply
  8. sayang abang...

    syg pun xtau la kotak tu brape ringgit…kalo tau pun mane leh syg bgtau…he3 name pun bg adiah… [-x
    :x

    February 28th, 2007 | 9:30 pm | Reply
  9. owh…taknak bagitau ye? nak kene ye die ni… :-\”

    February 28th, 2007 | 10:28 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: