Cuti Seminggu untuk Latihan Industriku
Ya… Saya ketika ini sedang cuti berehat di rumah. Bukan kerana saya sakit, tetapi saya memang diberi cuti oleh universiti kerana sekarang ini merupakan cuti pertengahan semester. = ))
Namun begitu, cuti ini saya tidak boleh disia-siakan sebegitu sahaja kerana saya mempunyai pelbagai kerja yang harus saya selesaikan. Berikut merupakan kerja-kerjanya:
- Cari tempat LI
- Study untuk test Microprocessor
- Siapkan assignment Microprocessor (buat proses charge handset)
- Planning untuk Malam Anugerah Kempasia
- Selesaikan semua kerja-kerja di atas
Ha…itulah kerja-kerja yang saya perlu laksanakan. Yang terakhir tu merupakan pelengkap sahaja. :d Tapi dalam banyak-banyak tu, saya ingin bercerita pasal Latihan Industri saya.
Disebabkan masa semakin dekat, saya terpaksa mencari tempat LI dengan secepat mungking. Saya telah banyak hantar surat kepada syarikat-syarikat samada mereka menerima pelajar untuk buat LI, tapi tiada sebarang maklum balas dari mereka. Kemudian saya menggunakan alternatif kedua, iaitu menggunakan emel. Tapi kali ini sasaran saya adalah syarikat hosting. Saya emel kepada semua syarikat hosting yang berdekatan dengan rumah. Ada yang reply dan ada yang tidak.
Setelah seminggu menunggu masih tiada maklum balas dan saya mengambil keputusan untuk mencari tempat LI pada masa cuti seminggu ini. Semalam saya telah keluar mencari syarikat-syarikat yang boleh menerima pelajar untuk buat LI. Semuanya tidak terima. Hampa dan saya pulang ke rumah. Pada petang itu, saya membuka emel saya. Dan ada satu emel yang telah menarik perhatian saya. Emel itu menyuruh saya membaca lampiran yang diselitkan. Saya mendownload dan membukanya.
Tada… Saya telah diterima oleh syarikat hosting Mercumaya yang terletak di Gombak untuk membuat LI di syarikat mereka. Saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Encik Yusmizan Yusoff. Saya akan melapor diri pada 30 April 2007 nanti.
Itu sahaja untuk kali ini.
myNote: Penat dowh nak tulis gune ayat skema nih. Hu3.
Entri Lain Yang Berkaitan
- Ini Baru Dinamakan Cuti Raya 1 Malaysia - Sudah lama blog ini tidak berupdate. Terasa sunyi sepi bila...
- Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah - Hari ini seperti yang kita semua tahu merupakan hari pertama...
- Di Hong Kong – Berbeza Dengan Malaysia - Pada 7 November yang lalu, aku telah berpeluang untuk ke...
17 Responses to “Cuti Seminggu untuk Latihan Industriku”
Leave a Reply


Wah.. tahniah la sebab dapat buat Latihan Industri kat syarikat Mercumaya. pssstttt: bleh dapat hosting free tak? kita main under table je la… hehehehhee :d/
hak3. aku tak pasti. :p lagipun lambat lagi nak buat LI kat tempat dorang. kui3.
nanti ko kerje ape sana? -_-”
abang…
tahniah tau coz dah dpt tmpt utk LI..
he3 cian die kne wat ayat skema! meh shera wat kn abang sayang nie air… ~o)
take care.. @};-
yang tu aku pun tak pasti. pas keje sana baru tau kot. sabaq na… :)>-
eh? budak busyuk ni bagi comment la. tak sangka pulak. :p ok2. abang minum ayak tu. :d
Selamat berlatihan industri….
hu3. macih2… :d
bersedia la utk LI, huhu dulu aku LI pun tempat IT jugak.
kalo ada sesetengah yg tak dpt tpt bukan dalam bidang dia, anggap satu pengalaman yg baru k! :d/
hahah. li tu jgn ponteng keje sudah kang sia2 lak report failed. anyway all the best. aku dah lalui zaman li.
kalu ko dapat keje sane sekali.. jgn lupe ngan aku.. hosting murah2 ye :-\”:d
emptyspace.. apa barang hosting murah2.. hosting free terus.. domain name pun free jgk… apa macam? :d/
dulu kau buat kat company mana? best tak? :d
hu3. takkan la aku nak ponteng. even jauh, akan ku cuba… he3.
hak3. harap2 dapat la skit sebanyak kan… leh la buat ape2 yang patut ngan hosting tu. kui3. :d
wa…sedap je die cakap. semua free. :p tak pun aku kasi caj lebih sikit. masuk dalam poket aku. amacam? :d
ader vacancy lagi tak..? hahahaha!!! :d nak gak.. :d/
ha3. kau keje kat mana? aku tak tahu ada vacancy lagi ke tak. meh la skali.
alo geng
ade repot praktikal dak awam tak…
yang softcopy…
praktikal kat syarikat construction…
plzzz send kat email saya..
chinankak@yahoo.com
tq
tiada la gang. sorry gang. :d
ade repot praktikal dak perdagangan x??
kalu ley nk yg praktikal kat hotel….softcopy…..
plzzzzzz
sent kat email..
nk sgt2..
rujukan