Satu… Dua… Tiga… WAKENABEB!!!

Sebelum cuti pertengahan semester yang lepas, lecturer microprocessor (micro-p) aku bagitahu yang kitorang akan ada test pada hari Rabu ni, 28 Februari 2007. So ramai la dikalangan kitorang yang struggle study coz subjek ni memang tak boleh susah nak faham.

Semakin hari, bahang micro-p tu semakin terasa. Lecturer aku tu siap ingatkan lagi pasal test kitorang tu kot2 kitorang terlupe. Ye la, dah cuti seminggu, mana la tau kot2 ada yang terlupa pasal test kan… Then semalam, kitorang semua struggle habis2an untuk jawab test tersebut.

Dan tadi, test itu bermula tepat pada pukul 12 tengahari, waktu Malaysia. Test berlangsung selama 1 jam 30 minit. Berkerut2 dahi setiap seorang nak jawab test tu. Sekali bukak paper, memang tak tahu nak jawab. Aku yang baru start semalam study, memang lagi berkerut habis la dahi aku. Dan ada juga dikalangan kitorang yang tiru ngan rujuk nota. Rupe2nye lecturer tu ada amik soalan dari test2 yang lepas. So kitorang pun copy la jawapan yang telah sedia ada tu. Note: Jangan tiru aksi2 sebegini kerana anda mungkin boleh didakwa.

Lecturer memang tak perasan waktu tu. Lama jugak la kitorang duk meniru atau lebih baik dikatakan, berbincang. :p Aku dapat agak yang lecturer kitorang tu perasan, tapi kitorang buat tak tahu. Bincang itu, bincang ini. Selak nota, selak jawapan. Then bila dah pukul 1.30pm, lecturer suruh stop. Pastu lecturer cakap,

“Ok, nanti kita akan ada test yang betul2 ok.”

“Ha???”, satu kelas menyahut.

“Saya saja je bagi awak soalan ni, nak suruh awak semua blaja…”

“Arghhhh….”

Then, tibe2 lecturer aku buat gaya happy coz die berjaya perkenakan kitorang…

Ces! Siap die gelakkan lagi kat kitorang. Satu kelas bising, riuh rendah. First time kitorang dikenekan oleh lecturer sendiri. Bayangkan lah, dah penat2 study, belaja, tekun, aku yang semalam nak tengok cite Prison Break episod 18 tak jadi tengok, last2 kene main ngan lecturer sendiri. Sape yang tak bising weh… Lagi2 bile korang terasa diri korang dalam rancangan WAKENABEB!!!

ps: Pasni aku nak tengok Prison Break ngan Dunia Baru season 1. Nak join?

Besdayku, Hadiahnya, Ke Tebrau City

myNote: Kisah ini amatlah panjang. Sekiranya anda merupakan seorang yang suka membaca, teruskan lah. Sekiranya tidak, tengok gambar pun jadi la… :p

Pada 21 Februari yang lepas, aku telah menyambut hari ulang tahun kelahiran ku yang ke-20. Tapi kali ini ku rasakan ianya amat bermakna kerana aku menyambut bersama si Dia. :)

Kami menyambutnya sederhana sahaja. Bukan secara besar-besaran dengan belanjawan RM51000 tetapi cukuplah sekadar RM51 sahaja hanya untuk malam itu. Segala perancangan telah dibuat sejak 2 minggu lagi. Dan kami telah pilih Pizza Hut , Taman Universiti sebagai tempat untuk kami celebrate. Hu3.

Tapi sebelum tarikh bermakna tersebut, Dia telah memberikan aku hadiah yang dipenuhi dengan coklat. Di dalamnya terkandung coklat kegemaran ku, Snickers. Ditambah pula dengan ketulan-ketulan Fererro Rocher dan menambahkan lagi keenakan coklat-coklat itu.

20070220 02
Waah…sungguh sedap coklat-coklat ini…

Nak baca sambungan dia…

Cuti Seminggu untuk Latihan Industriku

Ya… Saya ketika ini sedang cuti berehat di rumah. Bukan kerana saya sakit, tetapi saya memang diberi cuti oleh universiti kerana sekarang ini merupakan cuti pertengahan semester. = ))

Namun begitu, cuti ini saya tidak boleh disia-siakan sebegitu sahaja kerana saya mempunyai pelbagai kerja yang harus saya selesaikan. Berikut merupakan kerja-kerjanya:

  • Cari tempat LI
  • Study untuk test Microprocessor
  • Siapkan assignment Microprocessor (buat proses charge handset)
  • Planning untuk Malam Anugerah Kempasia
  • Selesaikan semua kerja-kerja di atas

Ha…itulah kerja-kerja yang saya perlu laksanakan. Yang terakhir tu merupakan pelengkap sahaja. :d Tapi dalam banyak-banyak tu, saya ingin bercerita pasal Latihan Industri saya.

Disebabkan masa semakin dekat, saya terpaksa mencari tempat LI dengan secepat mungking. Saya telah banyak hantar surat kepada syarikat-syarikat samada mereka menerima pelajar untuk buat LI, tapi tiada sebarang maklum balas dari mereka. Kemudian saya menggunakan alternatif kedua, iaitu menggunakan emel. Tapi kali ini sasaran saya adalah syarikat hosting. Saya emel kepada semua syarikat hosting yang berdekatan dengan rumah. Ada yang reply dan ada yang tidak.

Setelah seminggu menunggu masih tiada maklum balas dan saya mengambil keputusan untuk mencari tempat LI pada masa cuti seminggu ini. Semalam saya telah keluar mencari syarikat-syarikat yang boleh menerima pelajar untuk buat LI. Semuanya tidak terima. Hampa dan saya pulang ke rumah. Pada petang itu, saya membuka emel saya. Dan ada satu emel yang telah menarik perhatian saya. Emel itu menyuruh saya membaca lampiran yang diselitkan. Saya mendownload dan membukanya.

Tada… Saya telah diterima oleh syarikat hosting Mercumaya yang terletak di Gombak untuk membuat LI di syarikat mereka. Saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Encik Yusmizan Yusoff. Saya akan melapor diri pada 30 April 2007 nanti.

Itu sahaja untuk kali ini. :)

myNote: Penat dowh nak tulis gune ayat skema nih. Hu3.

JDrama: My Boss My Hero

Aku baru je habis tengok cite Jepun nih. Tajuk die, My Boss My Hero. Best giler cite nih. Hu3. Meh sini aku nak review sikit cite nih.


Soundtrack My Boss My Hero

Cite ni berkisarkan pasal sorang wakagashira (tuan muda) yang bernama Sakaki Makio (Nagase Tomoya) yang berumur 27 tahun. Die merupakan anak kepada ketua kumpulan Kantou Sharp Fang, sebuah kumpulan Yakuza. Makio atau dikenali sebagai Makky merupakan seorang yang bodoh. Die tidak boleh berfikir lebih dari 90 saat. Tapi die ni kuat. Die merupakan ahli yang terkuat dalam kumpulan die tu.

Nak baca sambungan dia…

Aku kini “berlari” laju…

Yea… Kini aku sudah pun boleh berlari laju. Ibarat sebuah lagu yang pernah aku dengar pada suatu ketika dahulu.

“Kuda ku lari gagah berani…”

Aku skang dah tak gune WCC2. Skang ni aku gune WCC_KTC yang bermaksud, internet connection lebih pantas, lebih laju. Dan aku teringat satu ungkapan.

Dijamin tidak perlu tunggu sampai esok…

Semuanye pantas je. Laju untuk mendownload dan surf. Nak buat voice chat pun boleh. Tapi dia masih menggunakan WCC2. WCC2 menggunakan proxy dan tak dapat menggunakan voice chat melalui yahoo messengger. So alternative nye, aku menggunakan GChat untuk bercakap-cakap dengan dia. He3. Tapi korang kenal ke sape dia? Hu3.