Satu… Dua… Tiga… WAKENABEB!!!
Sebelum cuti pertengahan semester yang lepas, lecturer microprocessor (micro-p) aku bagitahu yang kitorang akan ada test pada hari Rabu ni, 28 Februari 2007. So ramai la dikalangan kitorang yang struggle study coz subjek ni memang tak boleh susah nak faham.
Semakin hari, bahang micro-p tu semakin terasa. Lecturer aku tu siap ingatkan lagi pasal test kitorang tu kot2 kitorang terlupe. Ye la, dah cuti seminggu, mana la tau kot2 ada yang terlupa pasal test kan… Then semalam, kitorang semua struggle habis2an untuk jawab test tersebut.
Dan tadi, test itu bermula tepat pada pukul 12 tengahari, waktu Malaysia. Test berlangsung selama 1 jam 30 minit. Berkerut2 dahi setiap seorang nak jawab test tu. Sekali bukak paper, memang tak tahu nak jawab. Aku yang baru start semalam study, memang lagi berkerut habis la dahi aku. Dan ada juga dikalangan kitorang yang tiru ngan rujuk nota. Rupe2nye lecturer tu ada amik soalan dari test2 yang lepas. So kitorang pun copy la jawapan yang telah sedia ada tu. Note: Jangan tiru aksi2 sebegini kerana anda mungkin boleh didakwa.
Lecturer memang tak perasan waktu tu. Lama jugak la kitorang duk meniru atau lebih baik dikatakan, berbincang.
Aku dapat agak yang lecturer kitorang tu perasan, tapi kitorang buat tak tahu. Bincang itu, bincang ini. Selak nota, selak jawapan. Then bila dah pukul 1.30pm, lecturer suruh stop. Pastu lecturer cakap,
“Ok, nanti kita akan ada test yang betul2 ok.”
“Ha???”, satu kelas menyahut.
“Saya saja je bagi awak soalan ni, nak suruh awak semua blaja…”
“Arghhhh….”
Then, tibe2 lecturer aku buat gaya happy coz die berjaya perkenakan kitorang…
Ces! Siap die gelakkan lagi kat kitorang. Satu kelas bising, riuh rendah. First time kitorang dikenekan oleh lecturer sendiri. Bayangkan lah, dah penat2 study, belaja, tekun, aku yang semalam nak tengok cite Prison Break episod 18 tak jadi tengok, last2 kene main ngan lecturer sendiri. Sape yang tak bising weh… Lagi2 bile korang terasa diri korang dalam rancangan WAKENABEB!!!
ps: Pasni aku nak tengok Prison Break ngan Dunia Baru season 1. Nak join?
