Kejadian Seram yang Berlaku ketika Kem

Kejadian ni berlaku semasa aku mengikuti Kem Pembentukan JKM KTC 2007 pada 20 – 24 Disember 2006 yang lalu. Kejadian yang memang betul2 berlaku pada aku.

Kitorang peserta siswa ditempatkan kat blok S05. Ramai jugak la siswa yang join kem kali ni. Aku daftar lewat dan aku telah ditempatkan kat aras 3. Aras yang paling atas sekali. Budak2 lain lak ramai yang kat aras 1 dengan aras 2.

Petanda 1

Pada mula nye, aku ingatkan ada la jugak budak2 yang duk sekali ngan aku kat aras 3 tu. Sebab aku aku terbau wangi kat aras tu. Maksudnye, mesti ada budak2 ni yang duk skali ngan aku kat atas tu. Bau wangi tu adalah wangi seperti minyak wangi yang biasa dipakai oleh orang. So aku pun tak kisah la sangat. Dan yang best sekali adalah, bile aku bukak pintu bilik tu, tingkap bilik itu memang dah terbukak. Nak ditambahkan cerita lagi, bilik yang aku dapat tu mengadap ke belakang yang penuh dengan semak samun.

Petanda 2

Pada hari yang sama, selepas mengikuti modul pada petang tu, kitorang semua dibenarkan untuk balik ke bilik masing2 untuk khidmat diri. Bile aku naik ke aras 3 tu, aku tengok aras tu takde orang pun. Rupe2 nye baru aku sedar yang aku memang sorang2 kat atas tu. Takde sape pun peserta lain yang duk sekali ngan aku kat situ. Dorang semua kat aras bawah. Maksudnye, aku memang sorang2 di waktu senja. Diingatkan sekali lagi, senja.

Ketika aku kat bilik air tengah cuci muke, aku terdengar macam bunyi pintu bilik di bukak. Tapi setahu aku, pintu bilik aku tu memang payah nak bukak. Kalau nak bukak, kene sepak pintu tu. Baru la leh bukak. Kalau nak tutup pulak, kene tarik kuat2. Tapi kenapa aku leh dengar bunyi pintu terbukak pulak? Aku pun beranikan diri tuk tengok aras tu kot2 ada budak baru sampai ke. Tapi takde pun. Semua bilik gelap. Hanya bilik aku tu je yang menyala lampu.

Petanda 3

Pada malam tu, aku dah decide yang aku tak berani nak tido sorang2 kat bilik tu, kat aras tu. Semasa kat Dewan Astana, aku tanya budak2 ni ada tak sesape yang duduk bilik double tapi die sorang. Nasib baik la ada.

So selepas habis je aktiviti pada malam tu, dalam pukul 12 tengah malam kitorang semua balik ke bilik masing2. Aku pulak naik tingkat atas nak amik semua barang2 and beg aku nak bawak turun gi aras 2. Tido bilik member aku tu.

Dan semasa aku masuk dalam bilik tu, tibe2 aku rasa seram semacam. Seram yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Aku dapat rasakan macam ada something kat dalam bilik tu tengah pandang aku. Cume aku je yang tak nampak. Memang seram. Bulu roma aku habis menegak.

Aku kelam kabut amik barang2 and masukkan dalam beg aku. Tanpa toleh kebelakang, aku tutup lampu, tutup kipas, tutup pintu bilik dan terus berjalan cepat2 turun bawah. Aku tak kunci pun pintu bilik tu. Takde nye aku nak kunci. Melambatkan masa aku je. Aku pun terus je blah tanpa tengok belakang lagi. Buat nye tibe2 die ada kat depan pintu tu, tak ke naye aku.

Akhirnye sampai jugak aku kat bilik member aku tu. Tapi aku tak cite pun pada die. Aku tak cite pada sesape pun kecuali pada gf aku and korang yang baca ni. Tapi seriusly, memang aku tak pernah alami keadaan macam tu. Memang seram seh. Dah la masa aku mule2 sampai bilik tu, tingkap die tak bertutup. Maksudnye, sepanjang cuti tu, macam2 bende boleh berlaku dalam bilik tu. Macam2 leh berada dalam bilik tu. Memang seram kalau dipikir2kan kembali…

Kalau korang, korang akan tido tak kat bilik tu sorang2 pada setiap malam?

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

16 Responses to “Kejadian Seram yang Berlaku ketika Kem”

  1. Agaknye kalo ko tido gak kat bilik tu mlm tu.. tah2 ada ‘orang’ yg temankan ko tido sekali gak.. jgn terjaga tengah2 malam dah ler >:) >:)

    December 26th, 2006 | 3:26 pm | Reply
  2. S05, nguahahahahha, ader cerita di situ, semasa saya sem 1 di UTM!!!!!

    December 26th, 2006 | 5:30 pm | Reply
  3. Macam seram ja..huhu..tapi apa2 pun..kalau terpaksa jugak tido dalam bilik tu, elok la bukak lampu..tak la rasa seram sangat..aku pun selalu kena kacau gak..yang paling aku takleh terima, siang2 pun kena..kalau malam lain la..ini siang..huhu..

    p/s:erk aku tak jawab pun lagi taggy hang tuh fauzi..hehe..:-”

    December 27th, 2006 | 3:38 am | Reply
  4. Selamat Hari Raya Korban. Berapa banyak Lembu yang dikorbankan di UTM? hihi :)>-

    December 30th, 2006 | 12:02 am | Reply
  5. ZeMMs on December 26, 2006 at 3:26 pm said:

    Agaknye kalo ko tido gak kat bilik tu mlm tu.. tah2 ada ‘orang’ yg temankan ko tido sekali gak.. jgn terjaga tengah2 malam dah ler >:) >:)

    uish! jangan… risau dowh aku… :o

    Azhar Ahmad on December 26, 2006 at 5:30 pm said:

    S05, nguahahahahha, ader cerita di situ, semasa saya sem 1 di UTM!!!!!

    tak nak cite kat aku ke? leh aku cite kat dak2 yang duk situ. >:)

    Bat on December 27, 2006 at 3:38 am said:

    Macam seram ja..huhu..tapi apa2 pun..kalau terpaksa jugak tido dalam bilik tu, elok la bukak lampu..tak la rasa seram sangat..aku pun selalu kena kacau gak..yang paling aku takleh terima, siang2 pun kena..kalau malam lain la..ini siang..huhu..

    p/s:erk aku tak jawab pun lagi taggy hang tuh fauzi..hehe..:-”

    aik? camne siang2 pun leh kene?

    darkz05 on December 30, 2006 at 12:02 am said:

    Selamat Hari Raya Korban. Berapa banyak Lembu yang dikorbankan di UTM? hihi :)>-

    salam raya… aku tak balik umah pun raya nih. aku tak pasti berapa banyak yang tumbang. hu3.

    December 30th, 2006 | 12:39 am | Reply
  6. huhuuh. aku tanak bace dl sebab aku bukak blog ko ni kul 12 tgh malam. naye aku kang. dah la dok umah sorang2. huhuuh…

    anyway dulu penah gak kene. tapi nanti la aku citer..

    December 30th, 2006 | 1:14 am | Reply
  7. hu3. ok2. nanti cite la kat site kau. leh kitorang semua baca.

    December 30th, 2006 | 1:43 am | Reply
  8. huhuuhhu. pagi ni baru aku dpat bace.. nanti aku citer pengalaman aku kat site aku. jangan tegang bulu roma tu dah la :d

    January 1st, 2007 | 11:38 am | Reply
  9. zalie

    ok la tu

    January 1st, 2007 | 12:47 pm | Reply
  10. shadowX_19 on January 1, 2007 at 11:38 am said:

    huhuuhhu. pagi ni baru aku dpat bace.. nanti aku citer pengalaman aku kat site aku. jangan tegang bulu roma tu dah la :d

    okies. ni tak sabar nak baca kisah seram orang nih. he3.

    zalie on January 1, 2007 at 12:47 pm said:

    ok la tu

    ape yang ok ye? :-?

    January 1st, 2007 | 3:40 pm | Reply
  11. Lan

    seronok…seronok…bisa khabar kan no bilik dan blok ittew?

    February 4th, 2007 | 8:14 pm | Reply
  12. biasalah tu..tempat2 terbiar mmg mcm tu..akupun selalu kena..tp kalau aku waktu siang2 tu dah turun merempat kat bilik org lain..

    February 9th, 2007 | 5:07 pm | Reply
  13. Lan on February 4, 2007 at 8:14 pm said:

    seronok…seronok…bisa khabar kan no bilik dan blok ittew?

    no bilik die 305. tingkat atas sekali kat blok s05 tu. gi la siasat. :)>-

    catz on February 9, 2007 at 5:07 pm said:

    biasalah tu..tempat2 terbiar mmg mcm tu..akupun selalu kena..tp kalau aku waktu siang2 tu dah turun merempat kat bilik org lain..

    hu3. menyeramkan weh…

    February 12th, 2007 | 10:46 am | Reply
  14. edila

    kalo aku kt tmpt tu, xde mknany nk g ambk brg sorg2…ajk la mber sorg dua ker…tp kalo brani xpela kn xde hal.
    yg musykil skrg ni, npe stay jgk kalo dh tau bilik tu semak samun?? haihhh…xpham la mnusia jnis ape….brani xbrtmpt…:o
    tp duk rmai2 pn seram gak…cbe bygkn, tgah2 mlm yg sunyi…bunyi kipas jer, pastu korg dgr suara bdak2 pastu bunyi tapak kaki diorg main lari2.dh la lntai bilik aku tu gne tikar getah…penglaman plg serammm…smpai skrg ingt g…:-ss

    January 30th, 2008 | 10:24 am | Reply
  15. tak nak berkongsi ke cerita pengalaman? hu3.

    January 30th, 2008 | 5:28 pm | Reply
  16. edila

    mse duk hostel dlu slalu gak dgr bunyi yg xmenyenangkn…
    mcm2 la, slah stuny…oneday, di mlm yg hening…suasana yg sunyi…tetibe bunyi pnsel kt study hall.pdhal mse tu sume dh tdo.kul 3 pg plak tu.ish, kalo dh bunyi mcm tu mmg naik bulu roma ni.mate plak xleh nk pejam..trpksa la buat2 pejam, mse tu la mcm2 cte tmbul kt kpala otak ni.brpeluh2 di buatny…nk tegur mber kt sblh jgn hrap la…tdo mati…xckup bunyi tu, dgr bunyi tpak kaki brlari, kelam kabut plak tu…berenti skjap jntung ni..nsib baik la ade lgsir bilik, sekurg2ny xnmpk makhluk yg lalu lalang buat kecoh tu…lme gak mse tu, mmg xleh nk grakkn bdan rse berat sgt..jgn kte bdan, tgan pn mcm kne hmpap..ntah mcm mne sdar2 dh pagi…esk, xtau la mcm mne nk tmpuh mlam yg pnuh dgn ketakutan..

    February 1st, 2008 | 10:40 am | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: