Selamat Hari Raya Aidiladha 2006

Di sini, dengan titah perintah diri sendiri saya, Fauzi Bin Mohd Darus, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga hidup anda diberkati dan dirahmati.

Di sini juga ada disertakan sedikit buah tangan kepada anda. Image ucapan raya.

myImage: Almaribuku

Kejadian Seram yang Berlaku ketika Kem

Kejadian ni berlaku semasa aku mengikuti Kem Pembentukan JKM KTC 2007 pada 20 – 24 Disember 2006 yang lalu. Kejadian yang memang betul2 berlaku pada aku.

Kitorang peserta siswa ditempatkan kat blok S05. Ramai jugak la siswa yang join kem kali ni. Aku daftar lewat dan aku telah ditempatkan kat aras 3. Aras yang paling atas sekali. Budak2 lain lak ramai yang kat aras 1 dengan aras 2.

Petanda 1

Pada mula nye, aku ingatkan ada la jugak budak2 yang duk sekali ngan aku kat aras 3 tu. Sebab aku aku terbau wangi kat aras tu. Maksudnye, mesti ada budak2 ni yang duk skali ngan aku kat atas tu. Bau wangi tu adalah wangi seperti minyak wangi yang biasa dipakai oleh orang. So aku pun tak kisah la sangat. Dan yang best sekali adalah, bile aku bukak pintu bilik tu, tingkap bilik itu memang dah terbukak. Nak ditambahkan cerita lagi, bilik yang aku dapat tu mengadap ke belakang yang penuh dengan semak samun.

Petanda 2

Pada hari yang sama, selepas mengikuti modul pada petang tu, kitorang semua dibenarkan untuk balik ke bilik masing2 untuk khidmat diri. Bile aku naik ke aras 3 tu, aku tengok aras tu takde orang pun. Rupe2 nye baru aku sedar yang aku memang sorang2 kat atas tu. Takde sape pun peserta lain yang duk sekali ngan aku kat situ. Dorang semua kat aras bawah. Maksudnye, aku memang sorang2 di waktu senja. Diingatkan sekali lagi, senja.

Ketika aku kat bilik air tengah cuci muke, aku terdengar macam bunyi pintu bilik di bukak. Tapi setahu aku, pintu bilik aku tu memang payah nak bukak. Kalau nak bukak, kene sepak pintu tu. Baru la leh bukak. Kalau nak tutup pulak, kene tarik kuat2. Tapi kenapa aku leh dengar bunyi pintu terbukak pulak? Aku pun beranikan diri tuk tengok aras tu kot2 ada budak baru sampai ke. Tapi takde pun. Semua bilik gelap. Hanya bilik aku tu je yang menyala lampu.

Petanda 3

Pada malam tu, aku dah decide yang aku tak berani nak tido sorang2 kat bilik tu, kat aras tu. Semasa kat Dewan Astana, aku tanya budak2 ni ada tak sesape yang duduk bilik double tapi die sorang. Nasib baik la ada.

So selepas habis je aktiviti pada malam tu, dalam pukul 12 tengah malam kitorang semua balik ke bilik masing2. Aku pulak naik tingkat atas nak amik semua barang2 and beg aku nak bawak turun gi aras 2. Tido bilik member aku tu.

Dan semasa aku masuk dalam bilik tu, tibe2 aku rasa seram semacam. Seram yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Aku dapat rasakan macam ada something kat dalam bilik tu tengah pandang aku. Cume aku je yang tak nampak. Memang seram. Bulu roma aku habis menegak.

Aku kelam kabut amik barang2 and masukkan dalam beg aku. Tanpa toleh kebelakang, aku tutup lampu, tutup kipas, tutup pintu bilik dan terus berjalan cepat2 turun bawah. Aku tak kunci pun pintu bilik tu. Takde nye aku nak kunci. Melambatkan masa aku je. Aku pun terus je blah tanpa tengok belakang lagi. Buat nye tibe2 die ada kat depan pintu tu, tak ke naye aku.

Akhirnye sampai jugak aku kat bilik member aku tu. Tapi aku tak cite pun pada die. Aku tak cite pada sesape pun kecuali pada gf aku and korang yang baca ni. Tapi seriusly, memang aku tak pernah alami keadaan macam tu. Memang seram seh. Dah la masa aku mule2 sampai bilik tu, tingkap die tak bertutup. Maksudnye, sepanjang cuti tu, macam2 bende boleh berlaku dalam bilik tu. Macam2 leh berada dalam bilik tu. Memang seram kalau dipikir2kan kembali…

Kalau korang, korang akan tido tak kat bilik tu sorang2 pada setiap malam?

Aku Berhutang Dengan UTM

Wargh… Petang semalam bonda ku menelefon daku. Dalam nada terkejut, die bagitahu aku, kenapa UTM hantar surat? Surat tu cakap keputusan peperiksaan aku ditahan kerana status berhutang. Aku terkejut. Aku terkesima. Tapi aku masih tersenyum. Ho3.

Dalam sambil aku mendengar bonda ku berkata2, jari jemari ini pantas sahaja bukak laman web Aimsweb. Dan tada…

DENDA KESELAMATAN/MATRIK 25.00 0.00 13-DIS-2006 Belum bayar

Rupe2nye saman parking moto yang dari bulan 9 dulu tu, dorang baru masukkan dalam rekod akaun aku pada 13 Dis 2006. Ish3. Lambat betul pak guard UTM ni update rekod. Terbang RM25 aku… Huk3.

ps: Hajat dihati nak gi bayar hari ni. Tapi madah asyik hujan je memanjang. Camne nak gi bayar. Ades…

Aku kini di UTM

Salam semua… Dengan ini patik ingin memaklumkan yang patik telah berada di UTM. Hu3. Dan yang paling besh nye adalah,

ADA INTERNET KAT SINI!!!!

Hu3. Jangan jeles kepada sesape yang takde internet laju tu. Kui3.

Btw aku dah amik dah gambar2 masa gi Langkawi aritu. Nanti aku upload okies. Tapi aku ingat nak upload kat flickr je. He3.

Aku akan kembali ke UTM

Hari ni (17 Dec 2006), aku akan kembali ke UTM. Setelah dekat sebulan aku bergumbira di rumah, \:d/ akhirnye ni lah masa nye untuk aku kembali fokus masteri ke alam pembelajaran. :-b

Aku balik awal ni sebab aku akan mengikuti kem. Kem tu akan bermula pada 20hb ni dan berakhir pada 24hb. 5 hari aku akan berkem. Hu3. Yang besh nye adalah, kem tu akan buat kat pantai. Yeehaa… :d Tapi peratus kebolehan untuk mandi kat pantai mesti tipis. Ye la, yang organise kem ni orang KTC. So limited kalau nak buat pe2 aktiviti. Ni tak boleh, tu tak boleh. Ish3. [-(

Tiket bas aku kul 1 petang. Cam biasa la. Naik bas Trans-nasi-onal. Maybe sampai sana dalam kul 5 or 6 lebih camtu. Dah la aku akan bawak balik CPU aku nih. Jenuh la aku nak bawak nanti. Kene naik teksi la bile dah sampai nanti. Adoi… #-o

Btw dengar2 internet wireless ada lagi kat blok aku tu. Leh la aku online kat sana. Hu3. Leh la aku download movie lagi or download pe2 yang nak di download. Nanti if aku dah sampai and if ada internet, aku akan update site aku tu. Setakat ni saja. Nak gi tidoq. Esok nak bangkit nak simpan CPU dalam kotak nak bawak balik pi sana. Good nite no… |-)