1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan telatah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.
Tadi kul 9.45 malam, aku telah gi ke Sri Putri untuk menemani dia. Tu merupakan kali terakhir untuk aku menatap wajah dia sebelum dia pulang ke rumah dia di Ipoh, Perak. Bas dia kul 10.30 malam. Tapi disebabkan awal lagi so kitorang bersembang2 la sekejap di Shell tu.
Bergurau senda, bergelak ketawa, aku cuba untuk tidak bawa kesedihan dalam perbualan kitorang. Sebab aku tak nak dia sedih sebab kalau dia sedih, aku pun sedih jugak. Huk3. Semasa kitorang bersembang, dia telah memberikan aku sesuatu. Chocolate kegemaran aku, Snickers. Ingat lagi dia pada chocolate kegemaran aku ini. Uwaa…
Snickers yang diberikan pada aku
Sedang asyik bersembang tibe2 kawan dia panggil, bas dah sampai. Aku pun menemani dia gi ke bas. Dia naik bas KKKL. Bas gagap kata dia (Tersenyum aku ketika mengingat kembali kata2 dia tu). Selepas menolong dia memasukkan beg ke dalam tempat barang. Dia pun naik bas.
Firstly sorry coz tak dapat nak update site ni setelah sekian lama. Hu3. Bukannye ape. Cume server down jek.
So sepanjang ketiadaan internet ni, macam-macam yang aku lakukan. Dan yang terbaru ni adalah aku main game Need For Speed Carbon (wikipedia). Ho3. Ada sesape yang dah main game nih?
Aku baru je install game ni malam semalam. Tapi dah banyak tempat yang aku dah conquer. He3. Overall bagi aku game ni besh gak la. Cume yang tak besh nyer dari segi grafik die. Kete dalam tu rupe die kartun sangat. Tak nampak real. Kalau dalam Need For Speed Underground 2 ngan Need For Speed Most Wanted nyer grafik lagi besh. Nampak real gitu.
Pepehal pun game ni ok la bagi aku. Leh la aku nak layan mase cuti sebulan nanti. He3. Entah2 sebelum cuti aku dah habis main dah. Ho3.
Note: Kepada Novatech ngan Azhar Ahmad, aku dah buang dah Bad Behavior dari main site aku. So aku harap korang takde pe2 masalah tuk visit site aku tu. He3. Macih…
Hu3. Firstly sorry coz tak dapat nak update site ni. Rasa2 nye dekat seminggu. Ni bukannye sebab aku kecik hati atau berduka lara atau terkiciwa. Tetapi semua ni sebab server wireless punye pasal. Ish!
Semua berlaku pada minggu lepas pada hari Jumaat. Mase aku tengah mengarang post tuk update site aku, tibe2 wireless connection lost. Rupe2nye server die dah padam. Aku ingatkan sekejap je. Rupe2nye dorang nak cut-off terus wireless connection tu. Sepatutnye dorang tak leh tutup lagi coz belum habis lagi sem. Kitorang bayar untuk satu sem sepatutnye internet kene ada sampai habis sem la. Pas buat report semua2 tu, baru la leh dapat balik internet ni. Tu pun aku sedar petang tadi. Hu3.
Kepada korang semua, thanks coz masih sudi melawat website aku ni. Kepada yang nak lawan bowling tu, dipersilakan. Bile2 kite wat gathering lawan bowling eh. Yang incharge nye bukan aku la. Korang la. Aku join jek. Kui3.
And kepada sesape yang kene sampuk ngan lagu Samsons - Kenangan Terindah tu, aku mintak maaf banyak2. Raya masih ada lagi ni. Apa salahnye bermaaf-maafan. Lain kali aku buat lagi.
And kepada sesapa yang nak tahu sangat sape gf aku tu. Aku ada dah la post gambar die dalam entry aku sebelum nih. Korang je yang tak tengok yek. Tapik karang… Baru tahu.. Hu3.
Pepehal pun. Ni gambar mase kitorang kat bowling aritu.
Muahahaha… Hari tu kitorang gi tengok wayang. Kali ni aku ngan dia kuar berjalan lagik. Kali ni kitorang kuar gi main bowling pulak. Gi main bowling ngan dia. He3. Tapi bukan kitorang je la. Ada member aku, Yazid, tu pun join sekali. Die pun datang ngan gf die jugak. Yus panggilan dia. So leh kata “double-bowling-date” la. Hik3.
Kitorang kuar gi main bowling kat Skudai Parade jek. Murah. RM10 untuk 4 game sekali ngan kasut. Tu pun kene register main sebelum kul 2. So dalam kul 12 tu kitorang gi Skudai Parade. Sampai2 aku ngan dia gi makan dulu. Lapar kata dia. So kitorang pun gi la makan. Yang Yazid ngan Yus ni pulak gi jalan2. Lantak dorang la nak gi mana2. Yang penting kacau aku ngan dia nak mamam. He3.
Pas makan, kitorang pun berkumpul kat Skudai Bowl tu, kat tingkat atas sekali. Tingkat 6. Tak ramai orang waktu tu. Maybe sebab hari ni hari kerja kot. Pas daftar kitorang pun mula la main bowling tu. Ada la dekat 2 jam kitorang duk kat Skudai Bowl tu.
Markah? Hu3. Tak la hebat mana. Cukup 130 lebih jek. Paling tinggi aku dapat pun 141. He3. Dah lama tak main. Dia plak bawah 100. Yang Yazid ngan Yus ni pulak, entah. Aku tak amik tahu sangat. Tapi kitorang main berempat la. Main cross-lane. He3.
Dalam kul 2 lebih macam tu, kitorang nak balik dah. Yang Yazid ngan Yus kata nak pergi Giant. Dorang nak gi naik bas. Tah ape2 tah nak gi Giant. Pelik lak aku. Yang aku pulak nak gi Angsana. Saje jalan2. He3. Dalam kul 5 baru la kitorang balik. Hu3.
Btw kat sini ada sape2 yang power main bowling tak? Jom fight! Hik3.