Sejak akhir2 ni aku lihat ramai yang berasa sedih. Kebanyakan yang sedih tu adalah kerana break ataupun masalah peribadi.
Aku faham perasaan korang yang mana tengah bersedih tu. Walaupun aku tak pernah la break and kalau boleh memang tak nak pun, tapi sedikit sebanyak aku memahami. Apa-apa pun korang mesti la teruskan life korang. Tak semestinye apa yang kite nak tu mesti kite dapat. Ada macam-macam ujian yang diberikan-Nya untuk menduga sejauh mana tahap kite.
Walaupun aku dulu pernah ditinggalkan (bukan kene tinggal terus ye), tapi ianya sekejap je sebab ia akan pulih dengan masa. Ini bermaksud, kita sedih hanya sementara kerana hidup kita masih perlu diteruskan.
Kepada kengkawan yang sedang bersedih tu, lupekan la segala apa yang berlaku. Hidup kita bukan untuk bersedih sahaja. Kita sendiri yang perlu mencorak kehidupan kita. Semuanye bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.
myNote: Aku tidak tujukan kepada sesapa tau. Aku just cakap je. Walauapa2pun gomene’.
Hua3. Kali ni aku nak berkongsi ngan korang sebuah cerpen yang dikarang oleh seorang sahabat aku. Saper? Tak leh dibagitahu. Sebab dia tak bagi aku bagi tahu korang saper die. Macam pelik je ayat aku tu? Hu3.
Pepehal tajuk cerpen ini adalah “Dia”. Ye, dia. Tapi bukan dia yang selalu aku sebut tu. Ni tajuk cerpen dia yang “Dia”. Paham? Hak3.
Ni sedikit sedutan dari cerpen tersebut,
Lamunanku jauh melayang. Ingatanku masih segar pada kisah semasa form 2. Begitulah kemesraan aku dan ‘dia’. Sudah 6 bulan aku mengharungi hidup sebagai pelajar form 3. Tapi aku juga tak pernah lupa apa yang menyebabkan kami menjadi dingin sekarang.
So, sekiranya anda berminat untuk mengetahui kesudahan cerita ini, sudi2lah mendownloadnye secara percuma di bawah.
Pada ketika itu aku tengah syok tengok cite Kurosagi. Tibe2 aku telah diterperanjatkan oleh reminder anset Samsung SGH-E600C aku yang aku letak depan2 monitor PC aku ni ha. Baru aku teringat yang sudah tiba masa nye untuk aku mengarang mesej pada si dia.
Dalam syok mengarang mesej sampai 3 page, aku pun telah bersedia untuk send mesej tersebut. Bile aku tekan Send. Terpapar di skrin gambar sampul surat yang tengah pusing2 (maksudnye die tengah hantar mesej la tu). Lama gak aku tunggu. Tibe2…
Error… Sending failed…
Aku terasa something yang tak kene. Mungkinkah perkara yang aku tak nak tu, berlaku akhirnye. Aku cube try lagik. Aku tekan button Send.
Error… Sending failed…
Hmm…memang sah yang kredit aku dah expired. Last2 aku save kan aje mesej 3 page yang aku nak hantar pada si dia. Uhuk3. Tunggu la bila2 aku dah topup nanti, aku send mesej tu pada dia. Isk3.
myNote: Rupe2nye anset aku lambat 5 minit. Thats why aku tak leh nak send mesej sebab pada waktu tu, masa yang sebenar adalah pukul 12.02 am. Tapi di anset aku menunjukkan pukul 11.57 pm. Uwaa…
myEdit: Tadi dia topupkan aku RM30. Malu dan terharu nye terasa apabila gf menopupkan untuk kite kan. Macih… Sob3.
Disebabkan kat bilik aku kat UTM tu dah takde internet, aku telah cube untuk pulang ke rumah dengan segera. Bukan nye ape, aku just tak tahu nak buat ape if takde internet. Hu3. Internet tu stat takde hari ape tah. Aku pun tak ingat. Pas aje aku setelkan ngan urusan Latihan Industri aku, terus aku gi beli tiket nak cabut balik umah. Tak sabar dah. Hik3.
Ni aku skang dah kat umah dah. Sampai KL kul 9 lebih nak dekat kul 10 malam camtu. Jalan jem masa kat Senawang tu. Ish3. Panjang gile jem die. Dah la stop2 jem die. Jenuh aku duduk dalam bas tu.
Btw yang tak best nye internet kat umah ni adalah sebab gune dial-up. Uwaa…
Hari yang dinanti telah tiba. Inilah saat2nye apabila kite menyambut kehadiran yang kite bagi para pelajar nanti2kan. Iaitu apabila exam sudah BERAKHIR…
Hu3. Petang tadi merupakan paper last bagi aku. Next paper sem depan pulak la ye. So kepada sesapa yang dah habis exam tu, leh tak aku join korang semua berenjoy? Hik3. Dan kepada yang belum habis exam tu atau yang bakal menduduki exam tu, aku wish korang GOOD LUCK! Nanti kalau korang dah habis exam, leh la join ngan aku tuk bergumbira. He3.
Hurm…kalau dia belum balik lagi, mesti esok aku dah kuar jenjalan ngan dia. Gi tengok wayang ke. Gi main bowling ke. Isk3. Besh nyer… Hari tu masa dia dah kat umah, dia ada call aku. Dia cakap macam besh jer cite Nana Tanjung tu. Aku pun setuju ngan pendapat dia. Dia nak tengok tapi dia nak tengok cite tu ngan aku. Dan tapi nyer lagi, dia dah balik… Uwaaa… Kalau la dia lum balik lagi, mesti dapat tengok sesama kan kan. Isk3.
Btw thanks kepada komen2 korang semua. Kepada Mail, Iziana and Acul, korang bawak2 la banyak bersabar ye? Jangan r sedih…