Puasa 2006 Day 18 – I have a Secret Admire

Nape tajuk kali ini Secret Admire? Ada orang admire kat aku ke? Hik3. Teruskan membaca. Nanti korang akan tahu la ape sebabnye. :D

Dari aku bangun pagi hinggalah sampai nak ke petang. Aku busy sangat2. Pagi2 lagi aku dapat tahu yang aku dah kene tag ngan Mr Ha. Aku ingat nak buat hujung minggu nih. Tapi aku luangkan jugak sedikit mase tuk die. Ha, baca la tag yang aku dah jawab tu. :p

Pas siap menjawab tag tu, aku pun plan keje ape yang aku nak buat hari nih. Firstly, aku nak gi pejabat fakulti nak gi amik borang daftar subjek. Then nak gi jumpe PA aku. Then nak gi pejabat pos pulak nak beli sampul surat pos ekspress. Then nak gi koQ. Then petang nak gi bazar ngan Dia. Then malam plak nak update site nih and study tuk test esok. (Soalan cepumas, ada berapa banyak “then” kat dalam post kali ini? Ha3.)

Nak baca sambungan dia…

Tag: 5 Stars Taggie

Ni bukan post bersiri tau. Ni just nak memenuhi kehendak member aku sowank tu. Aku telah ditag oleh Mr Ha yang telah menyibukkan aku yang sedang sibuk. Layan…

5 things I would do if I were a millionaire

  1. Hantar parents aku gi Haji dulu
  2. Aku nak beli rumah banyak2
  3. Aku sewakan rumah2 tu
  4. Sebahagian dari duit2 sewa rumah tu, aku buat amal kebajikan
  5. Gune seadanya

5 bad habits

  1. Gile ngan Internet
  2. Study last minit
  3. Makan banyak tapi badan tetap maintain
  4. Tido lambat
  5. Bangun lambat la…

5 things I hate doing

  1. Gi kelas pagi2
  2. Baca lab sheet makmal
  3. Nak jawab test
  4. Beratur lama2 sebab nak bayar duit makanan (kat K9 selalu aku kena. benci!)
  5. Nak angkut komputer balik rumah

5 things I’ll never do

  1. Masuk acara Fear Factor
  2. Menipoo orang
  3. Dengki kat orang
  4. Berdendam ngan orang
  5. Belasah orang

5 things I regret doing

  1. Makan dan minum sebelum masuk waktu berbuka
  2. Habiskan duit
  3. Sepahkan bilik (padan muke aku nak kene kemas pulak)
  4. Beli tali pinggang yang tak leh dipakai (beli kat Skudai Parade)
  5. Bawak moto laju2. Hu3.

5 fave toys or thing

  1. Computer aku
  2. Hanset aku (takde hanset, camne aku nak lepaskan rindu. hu3)
  3. Wallet aku (duit aku, semua bende penting ada dalam tu ler…)
  4. Cincin (aku & dia. he3.)
  5. Jam (penting bagi aku nih…)

5 people I choose to do this

  1. Sham – member yang baru aku kenal kat WPMalaysia.Com
  2. Amanz – Asyik down jek mamat nih nye site. Ish3.
  3. Lisa – Tag sempena domain baru. Buat jangan tak buat.
  4. Aisyah – Nah ada keje tuk you. Hik3.
  5. Ikram Zidane – asyik buat theme je kan? skang buat nih pulak.

Puasa 2006 Day 17 – Tak Leh Nak Post

Nape aku tak leh post nih? Jenuh aku tekan button submit nih. Dah la aku penat2 taip memanjang. Tibe2 tak leh nak post pulak.

Hmm…takpe lah if tak dapat post pun. Tapi tadi aku lawat blosg Sham pasal lagu raya, so aku nak bagitahu jugak yang aku pun suke dengar lagu raya. He3. Salah satu lagu yang aku suke dengar adalah lagu dari Sudirman. Lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf. Besh wo lagu nih… Btw sorry r sebab tak dapat nak upload lagu tu coz internet aku ni asyik stuck je mase nak upload.

Btw ape lagu raya kegemaran korang yek?

Puasa 2006 Day 15 – Open Book Quiz?

Korang mesti dapat agak dari tajuk entry aku kali ni kan? Tapi aku still nak cite jugak. Aku tak pedulik! [-(

Semalam aku sanggup tak tido satu malam coz nak study subjek Organisasi & Senibina Komputer ataupun kitorang budak2 comp enginerring ni panggil nama subjek nih OSK. Bukan Osiloskop Sinar Katod ye. Tapi OSK, Organisasi Senibina Komputer.

Subjek ni hard jugak lewr. Though pun tough, tapi aku though lagi la. l-) Habis semalaman aku pulun study subjek tu. Sambil2 aku study tu aku ade gak la gatai2 tangan mengetit2 mouse comp aku ni surf internet. Kalau korang nak tahu, aku memang tak leh duk dekat ngan computer. Musti tangan nak pegang je mouse tu. Merantau habis aku dalam internet tu.

Study punye study, tengok2 dah dekat sahur dah. Pas sahur aku pun solat r jap Subuh, then terus tido. Aku tido je terus padahal tak habis study lagik. Harap2 dapat jawab je quiz petang tu. Try n Error la nih.

Then pada petang tu, seperti yang dijanji2kan lecturer pun datang dan die pun bagi la ketas soalan kuiz tu. Sorang amik satu je, tak leh lebih2. (Korang selalu amik lebey ke?). Then lecturer pun cakap.

“Ok, duk jarak2 sikit…”

Budak2 ni kecoh. Taknak duk jarak2. Semua nak duk “berkepit” jek ngan orang sebelah. Then lecturer cakap lagi,

“Kalau taknak duk jarak2, takleh bukak nota tau…”

Then budak2 nih, semua terus terabur berselerak amik jarak masing2. Semuanye selang satu kerusi. Aku pulak geleng2 kepala aku dan cakap dalam hati,

“Lecturer… Nape la kau tak cakap awal2 yang kuiz ni open book quiz… Kalau tak, dah habis syok dah aku tido malam semalam… Aduh… #-o”

Tapi kan, even open book pun kan, aku still tak leh jawab jugak. Susah… Member2 aku yang lain pun tak tahu nak jawab macam mana. Hak3. Padan muke… korang! :))

ps: Ni aku sebenarnye tengah study tuk test esok nih. Leh sempat lagik update website plak. Ish3. ;))

Puasa 2006 Day 14 – Berbuka bersama-sama

Petang tadi aku berbuka dengan Dia. He3. Besh! Kitorang berbuka dekat Payung Sri Skudai. Aku jemput die dalam pukul 6.10 camtu kat blok die ngan kete kancil sewa. Hu3. Tak mampu beli kete so sewa je la. Drive gi sana sampai dalam kul 6.20 petang gak la. Mase kitorang sampai tu, tak ramai orang lagi. Tapi ada la beberapa orang jugak kat gerai2 kat payung tu.

Lauk ape yang kitorang makan tadi? Aku mintak nasi goreng ayam jek. Dia pulak mintak nasi goreng paprik. Minum… Aku minum Lei Ci Kang. He3. Cedap2! Tapi manis r. Si Dia pulak minum air carrot susu. Her favourite. :)

Lama gak la kitorang tunggu sementara nak tunggu masuk berbuka tu. Sementara menunggu tu, ada gak la aku bergurau2 ngan die. Hak3. Tak leh gurau lebih2. Ramai orang waktu tu. Kang ape pulak orang kata. Hik3.

PS: Masa aku tengah wat post ni, tibe2 rasa syahdu lak bile dengar lagu2 raya… Uwaaa… :((