Puasa 2006 Day 24 – Koma dan Al-Fatihah

Hari ini, seorang sahabat aku sedih sangat2. Die sedih sebab girlfriend die telah meninggal dunia petang tadi. Setelah koma lebih sehari, akhirnye die telah kembali ke rahmatullah.

Semuanye berlaku pada dua hari lepas. Pada waktu tu, aku berbuka dekat bilik member aku tu. Nama die Paly and roomate die nama, Dzul. Kitorang merupakan kawan yang rapat jugak la. Pada petang tu, Paly bagitahu aku yang girlfriend die (nama Atun) pengsan. Die ingat main2. So die tak kisah sangat. Aku sendiri tak tahu kenapa die cakap macam tu. Die dapat tahu yang Atun pengsan dari kawan Atun sendiri. Kawan Atun yang mesej bagitahu die.

Then petang semalam, tibe2 Paly mesej aku suh aku berbuka kat bilik die. Die cakap urgent. Padahal petang semalam aku ada majlis berbuka puasa bersama2 rakan biro aku. Aku tak dapat la nak tinggalkan majlis camtu je. So aku pun tak dapat nak berbuka kat bilik die. Pas berbuka tu, baru la aku gi. Sampai2 je, Paly takde. Yang tinggal rumet die je yang ada, Dzul. Aku tanya la Dzul nape beriya2 suh aku datang. Then Dzul pun cite la pada aku.

Dzul bagitau yang Atun koma. Koma sebab ada kuman kat otak die. Aku pun tak caye camne kuman leh masuk dalam otak pulak. Tapi aku pernah dengar jugak la dulu, ada orang pernah otaknye kene kuman. Tak sangka lak leh kene dekat orang yang aku kenal. Isk3.

Yang Paly duk beriya2 suh aku gi bilik die sebab die nak aku jadi 2nd driver. Aku tanya nak buat ape? Rupe2nye dorang nak gi KL malam tu. Aku memang tak dapat nak gi. Lagi pun aku ada banyak assignment nak kene siapkan. So Paly ngan Dzul pun bertolak la gi hospital kat Serdang (Atun belaja kat UPM) kul 1 pagi lebih dari UTM.

Then pada pagi tadi, Dzul mesej aku suh baca Yassin coz Atun dah kritikal. Kemungkinan die tak sempat sampai esok. Then petang tadi, aku dapat mesej dari Dzul. Dzul cakap Atun dah kembali kerahmatullah. Innalillah… Dan aku tanya macam mana keadaan Paly. Dzul bagitau aku yang Paly menangis. Sape yang tak sedih beb kalau orang yang kite sayang, orang yang kite ingin tunang, orang yang kite ingin jadikan sebagai peneman hidup, telah meninggal dunia. Kalau aku, aku pun mestilah sedih. Sedih sangat2. Dah la minggu depan nak raya. Confirm aku rasa Paly mesti sedih teringat dekat arwah girlfren die tu.

Paly… Walaupun kau tak baca artikel aku ni, tapi aku nak bagitahu aku harap kau bersabar dengan segala apa yang berlaku. Semuanye bukan kehendak kite. Kite hanya boleh redha dan menerima je.

Ni adalah gambar tahun lepas. Aku saje je nak bagi korang tahu sape la Dzul and Paly tu.

Dzul, Pai, Jeme, Paly
Dzul, Pai, Jeme, Paly

Yang kanan sekali tu la Paly
Yang kanan sekali tu la Paly

ps: Sebenarnye aku terkilan sangat2 sebab sejak dari tahun lepas Atun teringin nak datang jalan2 kat JB nih bersama dengan kitorang. Sudah 3 kali die cube nak datang sini, tapi mesti ade je halangan. Dan sekarang ni, die langsung tidak dapat bersama2 berjalan ngan kitorang lagi. Sebab die sudah tiada lagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau…

Puasa 2006 Day 22 & 23 – One down… Two to go…

Hu3. Sori coz semalam aku tak sempat nak mengupdate blog. Busy sangat malam semalam sebab nak siapkan assignment OSK aku nih. So post kali ni aku menyekalikan dengan post arini.

Semalam aku ngan group aku berkumpul kat cafe Kolej 9 tu. Nak compile semua keje2 yang kitorang dah buat and nak last touch-up skali. Tapi kan mase kitorang tengah nak siapkan keje2 last touch-up tu kana, si Raihan neh die bawak pulak makanan kat situ. Macam nak buat jamuan pulak. He3. Macam2 r yang ada. Dari mee goreng, kuih2, keropok lekor, air mirinda oren, dan macam2 lagik2. Besh gile. Sedap…

Mangan... Mangan... Ni la Dekan kalau korang nak tahu

Bukan kitorang saje je yang makan. Tak sedap r kalau makan kitorang2 jek. So Raihan neh pun jemput la member2 kitorang yang lain yang jugak turut berada disitu untuk siapkan assignment yang sama. So kitorang pun makan la beramai2. Bergurau2 senda. Main tangkap2 gambar. Besh wo… Hik3.

Member2 melantak dah mai dah... Suap jek kat hidung die

Pas habis makan, kitorang sambung balik buat keje kitorang. Perut pun dah kenyang. Ngantuk pun ngantuk jugak. He3. So kitorang cepat2 la nak siapkan tugasan kitorang neh. Pas habis semua edit, dorang pas kat aku. Huh? He3. Aku ditugaskan untuk print assigment tu. Ces!

Nak baca sambungan dia…

Puasa 2006 Day 21 – Bosan-bosan design header

Hari nih aku tak tahu ape bende la yang aku buat. Bosan sangat tak tahu nak buat ape. Nak study, maleh la pulak. Last2 sebab bosan sangat aku pun design la header image untuk website aku www.cypherhackz.net tu.

cypherhackzheader

Ok tak image tu? Aku ingat nak buat website yang macam Web 2.0 nyer. Tapi sebab aku tak pakar lagi dalam penggunaan <div> tag neh, aku pun holdkan dulu. Sebelum neh ade gaks aku buat theme sendiri tuk wordpress aku. Tapi yang tu aku buat gune <table> la. Skang neh mana ade dah orang buat website fully table. Semuanye gune division sajer.

Hmm…entah bile la aku dapat merealisasikan impian aku untuk buat design yang caggeh-manggeh neh.

Puasa 2006 Day 20 – Assignment la pulak

Selepas hilang sedikit sengsara, kini aku nak kene siapkan keje lain pulak. Nak kene siapkan assignment yang berlambak2 yang aku kene hantar sebelum aku balik cuti raya neh. Banyak jugak la yang aku kene siapkan. Dari assignment Sistem Digit ke Kawalan dan ke Organisasi dan Senibina Komputer. Aduh… Jenuh aku.

Malam tadi aku ngan group2 memmber OSK aku berkumpul coz kitorang nak combine’kan hasil keje2 kitorang tuk dimasukkan dalam report. Kitorang berkumpul dari pukul 11 malam sampai la kul 3 lebih. Yea… 3 pagi. Jangan main2… Tu pun lum siap lagik.

Picture28

Kitorang berkumpul kat cafe Kolej 9. Sebab kat situ la port selalunye budak2 UTM yang berdekatan neh buat assignment. Hu3. Sepatutnye kawasan tu tempat untuk makan, tapi sebab kawasan die luas sangat so pelajar2 UTM yang bijak sangat (kononnye lewr…) mempergunakan seadanya kawasan ini.

Nak baca sambungan dia…

Puasa 2006 Day 19 – Habis dah sengsara…

Hari nih dah berakhir lah sengsara (tapi sekejap je) test. Aku sekarang dah leh kata free la jugak skang nih. Takde de dah nak study2 lagik2. Minggu depan plak aku dah leh pikir nak balik. He3. Jangan jeles… :d

Pagi pas sahur aku study la kejap untuk test petang tadi. Study Teori Elektromagnetik (EMT). Budak2 FKE tau la EMT tu ape. Merupakan salah satu saubjek killer gak la. Jenuh aku study. Hu3. Tapi petang tadi tak leh gak buat test tu. Tak tahu la berapa banyak markah la yang aku dapat nanti. Huk3.

Picture13(1)

Pas habis je test tu, lega sikit aku. Tapi lega2 pun, aku masih ada lagi keje yang nak kene buat. Iaitu nak kene siapkan 2 assignment and satu laporan semasa kitorang gi PTP aritu. Hai…banyak pulak keje bile aku pikir2kan balik ye. Hurm…

ps: Aku tak sabar nak balik kampung bile dengar lagu raya. Tapikan, aku musti rindu pada Dia nanti bile aku kat rumah. :(