Sehari Melepas Rindu
Title: 25 Minutes
Artist: Michael Learns To Rock
Note: Entry kali ni panjang. Aku cadangkan korang bancuh kopi or teh dulu, then minum sambil baca nyer… Takpun dengar lagu MLTR tu. He3. ![]()
Owh… Wakaf…
Setelah seminggu tak jumpe, aku dan dia gi “datting” kat CS. Kepada yang duk JB ni tau la CS tu ape. CS tu singkatan bagi City Square. Port dak2 JB nak shopping and tengok wayang. Tapi aku ngan dia gie CS bukan nak shopping pun. Kitorang just nak gi tengok wayang jek. ![]()
Sebenarnye hari Ahad aritu aku dah jumpe dia dah kat depan blok dia. Biase la port kitorang kat wakaf depan blok tu. Besh! Takde orang kacau. Hu3. Sebab mase tu tak ramai orang yang balik UTM lagi. So kitorang berborak2 sampai kul 11 lebih. Ada la dekat sejam lebih kitorang berborak kat situ. He3. Btw siap dia ada belikan aku coklat lagi. Katanya, khas untuk aku. Uwaa… Terharu seh… He3. Then sebelum balik tu, aku bagi cadangan kat dia nak gi tengok wayang hari Selasa ni (hari ni la kirenye). Ngeh3.

Sedap coklat2 neh… He3.
Booking Tiket Ler…
Then pagi tadi aku pun meng’usha’ internet nak tengok cite ape yang besh. Mule2 ingat nak tengok cite katun, Open Season. Tapi cam tak besh lak. Nak tengok cite hantu, dia tak nak. Takut kata dia. Nak tengok cite melayu, tak best sangat pulak cite melayu skang nih. Then cari punye cari, last2 aku jumpe cite ni. Cite Stormbreaker. Pas tengok trailer die, terus aku call Cathay Cineplex tu nak book tiket. Dapat la aku book Couple Seat and seat tengah lagik. He3. Tiket wayang start kul 4.45 petang.

Cite ni la yang kitorang tengok. He3.
So kul 12.30 tengahari aku gi amik kete sewa kat Kolej 16. Jauh beb. Tapi nak buat macam mana, dah kete sewa lain dah takde. Lagi pun aku selalu jek sewa dari mamat neh. Kete die pun ok. Takde pe2 masalah. So pas amik kete, aku pun bawak la balik ke blok. Bersiap2 sikit then kul 1.30 petang aku amik dia kat blok dia.
Fewiiittt… Sweet nyer die… Hik3. Dari dalam kete aku nampak dia berjalan ngan berbaju oren dan berseluar jeans. Sama macam aku. Sama warna you… Hak3. Die pun masuk dalam kete. Pada waktu tu, aku berpeluh2 sikit. Bukan nye ape, panas dalam kete tu coz aku baru bukak aircond. Pas dia masuk dalam kete, aku pun drive la kete tu kuar dari UTM nih menuju ke CS.
CS… Here we come…
Seperti dalam perkiraan aku, kitorang akan sampai dalam kul 2. Tup tap, aku tengok jam kul 1.56 petang kitorang sampai kat JB. Pas je aku parking kete kat carpark sebelah Komtar tu, kitorang pun gi berjalan masuk dalam Komtar. Nak gi makan dulu ler… Lapar… Hik3. Kitorang makan kat KFC jek. Aku lebih prefer KFC lagik dari McD atau bende2 lain. Makan KFC lebih kenyang.
Sambil2 makan tu, macam2 yang kitorang sembangkan. Tergelak2 gak la. Tibe2 kan, Prang!!! Dengar bende pecah. Rupe2nye budak2 sekolah kat belakang aku duduk tu jatuhkan botol sos cili. Sibuk jek. Tak pernah jumpe botol sos ke sampai habis jatuh pecah semua ni. Ish3. Budak2 ni la… Kacau jek mood aku nak berborak ngan dia. Ok sambung balik part berborak kat KFC tadi. Ha…macam2 gak la yang kitorang sembangkan. Dari hal mase raya aritu, sampai la kepada hal cite hal orang lain. Tapi bukan mengumpat tau. Hik3.
Penat dowh…
Pas je habis makan, aku ngan dia pun gi CS nak redeem tiket yang aku dah book pagi tadi. No booking tiket aku 15340. Kepada sesapa yang nak amik tiket ni, gi la amik. Hu3. Mase tu orang tak ramai sangat. So cepat je aku dapat tiket. Pastu aku ngan dia berjalan2 dalam CS tu. Habis semua kedai2 baju yang macam besh jek, kitorang masuk. Tapi bukan beli pun. Saje je masuk jalan, tengok, pusing, keluar. Hak3. Kelakar jek. Dah takde bende nak buat, so kitorang buang la masa ngan jalan2. Ada la dekat sejam lebih berjalan. Dalam kul 4.30 petang camtu, aku ngan dia gi naik tingkat 5, tingkat wayang tu. Kat situ lampu panggung no 2 dah kelip-kelip dah. Maksudnye, cite tu dah nak mula. Tapi sebelum tu sempat lagi aku gi beli Pop Corn ngan air Pepsi jap. He3.

Tiket wayang kitorang…
Aku takmo cite apa yang berlaku dalam wayang. :-” Hik3. Overall cite tu memang best. Kire nye tak rugi la bayar RM19 untuk tengok cite tu. Ada aksi, ada lawak. Kire enjoy gak la cite tu. So kepada korang yang belum tengok cite ni, memang patut tengok la. Besh gile. Korang tak menyesalnye… He3.
Then, pas puas tengok wayang kitorang pun berjalan la balik ke carpark. Tapi sempat lagi aku ngan dia tangkap2 gambar. Berapa banyak snap tah. Aku pun tak ingat. He3. Mase kitorang sampai kat carpark, mase tu pukul 6 lebih. Dah petang dah. Tapi kat JB ni dah start gelap dah. Maybe sebab baru je pas hujan yang lebat sebelum tu, ditambah lagi dengan jerebu nye yang tak berapa habis lagi. Tibe2 aku terasa lapar, then aku ajak dia makan sekali before kitorang balik. Dia pun cakap ok je. Mesti la ok. Nak gi makan sama2 kan… Hik3.
Mari makan…
Kitorang makan kat Payung Skudai jek. Kedai yang selalu aku pergi tu tutup. So kitorang makan kat Restoran Wahida (pakcik, saya promote kedai pakcik neh. Lain kali bagi la diskaun sikit ye bile saya makan kat situ lagi. He3). Aku makan nasi goreng kampung ngan air teh’o ais. Dia pulak makan nasi goreng paprik ngan air peberet dia, Carrot Susu. Sambil makan, kitorang bersembang lagi. Banyak betul aku bercerita ngan dia. Kadang2 ketawa dia dengar jokes yang aku cite. He3.
Sedeynyer…
Pas dah kenyang, pas perut aku dah nak kembung, kitorang berangkat pulang. Aku drive slow2. Saje je nak amik feel. Kononnye la. He3. Pas masuk ikut gate belakang UTM tu, aku teruskan bawak kete ke blok dia. Dan bermula la pulak saat perpisahan. Ni sedey nih. Huk3. Sebelum dia keluar dari kereta, dia say something yang aku ingat sampai sekarang ni. Hu3. Pas dia tutup pintu kete, dia pun balik masuk ke blok dia. Bubye… Dan aku terus drive kete balik ke Kolej 16 nak hantar kete sewa tu balik. Sambil aku drive, aku terkenang saat2 kitorang bersama2 tadi…

Thanks dear… Love you always… ![]()
Baca Yang Ni Pulak

Wah wah… kisah cintan tak hengat nyer lah.. boleh tulun kem salam? oopssss.. jgn marah ye. gurau jer \
/
wah dah start dah ek kisah cinta eheheheh
her her her..sapekah awek ko tu.. tanak perkenal kat aku ke??
kim salam je. lain2 takleh.
hu3.
he3. mayu r puyak…
hik3. budak KTC jugak.
perh….dulu cakap single…nie tetau je dah berdua ni ape kes…adus..tinggal aku sorg la…si epan,ejon n ramai lagi dah ade…bile la nak dapat ni
Aku bayangkan macam2 nehhhh
hu3. join la MHS. mesti kau dapat sorang nye. hik3. tapi tujuan aku jadi AJK MHS dulu pun bukannye nak cari gf pun.
kau terbayangkan ape ek? he3. :-”
ooo KTC gak… S berapa?? har har har!!!!
S? S jibeng… Wakakaka… Mana leh ghoyak…
“S? S jibeng… Wakakaka… Mana leh ghoyak…”
oh adakah cyperhack juga orang Kelate macam saya?
he3. saya bukan orang kelantan la. saje je cakap macam tu coz novatech tu orang kelantan.
wahh wahh wahh… panjang gileee.. aku tak bace abis pun… (sok luse lah yer.. ehehh)… jap lagi aku bace ler..
anyway…. aku cakap pasal kisah cintann, ko pun nak yer..?hamboii…

thats why aku suh bancuh kopi tak pun air teh. leh minum2 sambil baca. ke3.
dah bace dah.. wah wah… melepas rindu sehari je ke…? kalau aku, setahun pun belum cukup..
eleh… tu pun memang tak cukup la. btw esok nak kuar lagik. gi main bowling pulak. he3. jangan jeles…
indahnya masa bercinta..ehehe…. \
/
wah..rupanya ramzwatcher pun org kelantan macam saya.
hmmm…dah ade awek nampak..?
setahun setengah lagi dah grad ko.. bole la kawen copek2.. ha k hakk jgn lupe ajak aku :-”
die orang kelantan kot. tak tahu ler… he3.
he3. jangan r cakap macam tu. malu i… hak3.
bereh boh… aku invite kat blog nanti. he3.
mhs…erm…aku bukan JKM…lagipun,kos aku ni,buat2 aku sibuk…
kot2 ko ade nak kenalkan kat aku,sila2 laa…