Puasa 2006 Day 22 & 23 - One down… Two to go…
Hu3. Sori coz semalam aku tak sempat nak mengupdate blog. Busy sangat malam semalam sebab nak siapkan assignment OSK aku nih. So post kali ni aku menyekalikan dengan post arini.
Semalam aku ngan group aku berkumpul kat cafe Kolej 9 tu. Nak compile semua keje2 yang kitorang dah buat and nak last touch-up skali. Tapi kan mase kitorang tengah nak siapkan keje2 last touch-up tu kana, si Raihan neh die bawak pulak makanan kat situ. Macam nak buat jamuan pulak. He3. Macam2 r yang ada. Dari mee goreng, kuih2, keropok lekor, air mirinda oren, dan macam2 lagik2. Besh gile. Sedap…
Bukan kitorang saje je yang makan. Tak sedap r kalau makan kitorang2 jek. So Raihan neh pun jemput la member2 kitorang yang lain yang jugak turut berada disitu untuk siapkan assignment yang sama. So kitorang pun makan la beramai2. Bergurau2 senda. Main tangkap2 gambar. Besh wo… Hik3.
Pas habis makan, kitorang sambung balik buat keje kitorang. Perut pun dah kenyang. Ngantuk pun ngantuk jugak. He3. So kitorang cepat2 la nak siapkan tugasan kitorang neh. Pas habis semua edit, dorang pas kat aku. Huh? He3. Aku ditugaskan untuk print assigment tu. Ces!
Sebelum balik tu, kitorang betul2 last touch-up. Bukan last touch-up ape tapi last “touch-up” laptop si Raihan neh. He3.
Petang tadi kul 2.30 petang kitorang ada presentation kat kelas. Lama gile nak habis. Siap aku skip kelas pas group aku present. Aku skip pun bukan saje2 ye. Aku skip coz petang tu kul 5.30 aku ada jamuan biro aku. Mana boleh beb. Dah janji ngan orang nak datang, takkan tibe2 lambat pulak. So berjaya jugak la aku meminta jasa baik lecturer aku tu mintak skip pas aku present. He3.
Hmm…pasni malam nih aku nak kene siapkan pulak lagi 2 assignment yang nak kene aku hantar before aku balik raya nanti. Busy… Busy…
Baca Yang Ni Pulak
- Puasa 2006 Day 20 - Assignment la pulak - Selepas hilang sedikit sengsara, kini aku nak kene siapkan keje...
- Puasa 2006 Day 10 - Hujan dan Tidur - Iargh... Sedap betul aku tido ari nih. Hu3. Aku sepatutnye...
- Puasa 2006 Day 14 - Berbuka bersama-sama - Petang tadi aku berbuka dengan Dia. He3. Besh! Kitorang berbuka...
- Dairi LI Day 27 - Wuuu…Ayamas! - Tengah hari tadi aku dan rakan-rakan sekerja yang lain dapat...
- Puasa 2006 Day 12 - Cerita pasal semalam - ps: Disebabkan semalam internet down, lagi sekali aku tak dapat...










Makhluk yang gambar akhir tu pun kenal aku… Huhuhuhuhu… Budak penang kannnn….
Wehhhh aku dah ada mood nak balik raye. Yesssss
eheh rajin jugak ko nih
hak3. aah. nama die anas. macam mana kau kenal die lak ek?
mana ada… biase2 jek… hu3.
aku rasa posing yg melampau aa korang ni. hhahaha. sakan ye. hehe.
wah.. best a ko.. huhu.. semlm aku berbuka puasa ngan sume dak2 kelas aku. memang meriah gile. nanti aku wat entry ttg berbuka puasa 2 n saksikan la cewek2 kelas aku
hak3. dorang memang tak biase jumpe phone kamera kot. dats why jadi camtu. hik3.
he3. ok2. aku sentiasa menunggu entri dari korang semua.