Sehari Melepas Rindu

Title: 25 Minutes
Artist: Michael Learns To Rock

Note: Entry kali ni panjang. Aku cadangkan korang bancuh kopi or teh dulu, then minum sambil baca nyer… Takpun dengar lagu MLTR tu. He3. :p

Owh… Wakaf…

Setelah seminggu tak jumpe, aku dan dia gi “datting” kat CS. Kepada yang duk JB ni tau la CS tu ape. CS tu singkatan bagi City Square. Port dak2 JB nak shopping and tengok wayang. Tapi aku ngan dia gie CS bukan nak shopping pun. Kitorang just nak gi tengok wayang jek. :d

Sebenarnye hari Ahad aritu aku dah jumpe dia dah kat depan blok dia. Biase la port kitorang kat wakaf depan blok tu. Besh! Takde orang kacau. Hu3. Sebab mase tu tak ramai orang yang balik UTM lagi. So kitorang berborak2 sampai kul 11 lebih. Ada la dekat sejam lebih kitorang berborak kat situ. He3. Btw siap dia ada belikan aku coklat lagi. Katanya, khas untuk aku. Uwaa… Terharu seh… He3. Then sebelum balik tu, aku bagi cadangan kat dia nak gi tengok wayang hari Selasa ni (hari ni la kirenye). Ngeh3.

20061030 01
Sedap coklat2 neh… He3.

Booking Tiket Ler…

Then pagi tadi aku pun meng’usha’ internet nak tengok cite ape yang besh. Mule2 ingat nak tengok cite katun, Open Season. Tapi cam tak besh lak. Nak tengok cite hantu, dia tak nak. Takut kata dia. Nak tengok cite melayu, tak best sangat pulak cite melayu skang nih. Then cari punye cari, last2 aku jumpe cite ni. Cite Stormbreaker. Pas tengok trailer die, terus aku call Cathay Cineplex tu nak book tiket. Dapat la aku book Couple Seat and seat tengah lagik. He3. Tiket wayang start kul 4.45 petang.

strombreaker
Cite ni la yang kitorang tengok. He3.

So kul 12.30 tengahari aku gi amik kete sewa kat Kolej 16. Jauh beb. Tapi nak buat macam mana, dah kete sewa lain dah takde. Lagi pun aku selalu jek sewa dari mamat neh. Kete die pun ok. Takde pe2 masalah. So pas amik kete, aku pun bawak la balik ke blok. Bersiap2 sikit then kul 1.30 petang aku amik dia kat blok dia.

Fewiiittt… Sweet nyer die… Hik3. Dari dalam kete aku nampak dia berjalan ngan berbaju oren dan berseluar jeans. Sama macam aku. Sama warna you… Hak3. Die pun masuk dalam kete. Pada waktu tu, aku berpeluh2 sikit. Bukan nye ape, panas dalam kete tu coz aku baru bukak aircond. Pas dia masuk dalam kete, aku pun drive la kete tu kuar dari UTM nih menuju ke CS.

Nak baca sambungan dia…

Yuhu… Aku kembali…

Aloha… He3. Just nak bagitahu yang aku kini dah kembali. Hik3. Thanks kepada korang semua yang bagi comment kat entry aku tu. Thanks atas ucapan Selamat Hari Raya and segalanye.

Aku baru je sampai UTM sebenarnye nih. Pas je aku letak beg, terus je aku online. Windu pulak kat internet. Hik3. So, korang semua ape khabar? Sihat semua? Aku alhamdulillah la. Sihat jugak. Macam2 perkara yang berlaku sepanjang cuti seminggu ni. Tapi skang ni aku takde mood lagi nak karang panjang2. Tengok lah, esok ke, malam nanti ke, aku update lagi blog aku nih. Till then…

Puasa Day 27 – Day 30 – Selamat Hari Raya Aidilfitri

Huk3. Aku baru je balik dari Sri Putri. Aku gi teman die kat Sri Putri sementara tunggu bas die sampai. Die balik Ipoh and bas die sampai kul 10 lebih tadi. Hurm…sedey r. Pasni seminggu tak berjumpe dengan die. Tapi…tadi sebelum die naik bas, aku sempat bagi chocolate ngan sepucuk surat yang aku karang pas aku berbuka puasa tadi. Ada la kata2 dan pesanan dari aku untuk die. Seingat aku, ni la kali pertama aku tulis surat kepada seorang gadis tau. Walau apepun, kitorang akan berjumpe kembali pas cuti raya ni. Tak sabarnye… He3.

Picture13
Chocolate yang aku belikan untuk die. Dan untuk aku pun ada juge. He3.

Ok. Ni merupakan entry yang terakhir untuk Series Post aku untuk tahun ini. Pasni aku tak tahu pulak bile plak aku akan buat post bersiri vamnih. And nak bagitahu jugak yang entry ni terpaksa aku sekalikan dengan hari Puasa ke-27 hinggalah yang ke-30. Ni kerana esok aku akan balik ke KL and hari Ahad nye pula aku akan bertolak ke Penang bersama2 ngan family aku. Habis penat la aku nanti. Esok aku akan bertolak dari Sri Putri kul 4.00 petang. Harap2 bas sampai on time. Tapi yang pasti, esok aku terpaksa berbuka dalam bas. Urgh….

Sebelum aku mengakhiri kata2 aku dalam post ini, aku nak bagitahu yang aku tak dapat nak update website selama seminggu sebab aku akan balik kampung dan stay kat sana sampai la hari Sabtu minggu depan. Dan hari Ahad baru la aku balik UTM balik. Ini bermaksud yang aku akan kembali aktif online bermula 29hb Oktober 2006.

Dan di sini juga aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada chot, nashrex, abah, aisyah, aman, arifsanchez, azhar, azmie, fahmi, gie, ikoko, ikram, lisa, mail, mystic, neezmo, rasso, shadowx, epan, yati, spiral, adib, ashruff, castello, darkz, ejon, arif, faith, gerg, mr eims, novatech, paskal, sham and kepada semua yang melawati website aku nih. Tanpa sokongan dari korang sudah mestinye website ni sunyi sepi tanpa pengunjung.

Dan ini kad raya khas untuk korang semua. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin… :)

- End -

Puasa Day 26 – Spesel Testi Untuk Semua

Hari ni aku tengok Paly dah ok sikit. Cume kadang2 tu je die sedey. Aku rase die dah dapat kot sedikit sebanyak terima apa yang telah berlaku.

Ok. Off topic pasal Paly. He3. Semalam aku lupe nak bagitahu yang aku ada bagi testimonial yang istimewa (macam la istimewa sangat) untuk semua orang dalam list friends dalam Friendster aku. Setiap sorang semua dapat testi dari aku. Dekat satu jam lebih aku bagi testi neh. Habis lenguh jari-jemari aku yang licin lagi lembut ini. Warkh…hahahaha…

Testi tu aku buat gune photoshop jek and aku taknak post lagik testi tu kat sini. Tunggu bile aku dah nak balik kampung nanti, baru aku publish spesel testi tu. Kepada sesapa yang belum add aku dalam Friendster, sila la jangan segan2 untuk add aku. Click je kat sini, Fauzi’s Profile. Nanti pas aku approve, aku akan bagi testi tu kat korang. He3. :)

Btw esok die dah nak balik… Ala… Sedey r aku macam ni. Pasni dekat seminggu kitorang tak dapat nak berjumpe. Die duk Ipoh tapi kampung die kat Teluk Intan. Aku pulak, kampung kat Penang. Camne aku nak gi sana. Lagi pun bukan kete aku, kete ayah aku. Takkan la die nak bagi aku saje2 drive gi rumah orang. Hu3. Tapi yang penting aku musti sedey nyer esok… Isk3. :(

Puasa Day 25 – Kisah pasal Paly lagi

Ni merupakan kisah sambungan dari entry semalam.

Petang tadi aku berbuka puasa kat bilik Paly. Mase aku sampai2 bilik die, die tengah tido. Waktu tu dah dekat kul 6.50 dah. Dah nak masuk waktu berbuka dah pun. Tapi die still atas katil lagi. Aku tak pasti la sama ada die tido atau tidak, tapi yang aku pasti mesti die tengah sedih dengan ape yang telah berlaku.

Aku tak nak kacau Paly, aku pun bertanya kat Dzul. Dzul pun bercerita pasal Paly. Paly tak sahur pun pagi tadi. Die still sedih sampai tak lalu nak makan. Nasi tuk berbuka pun die tak beli. Aku pun tak tahu nak cakap ape bile Dzul bagitahu pada aku macam tu. Aku faham, bukan senang nak terima pemergian orang yang kite sayang.

Cube korang bayangkan kalau korang berada di tempat Paly. Mesti korang pun jadi macam die. Tak lalu makan, tak lalu minum, asyik bersedih, asyik teringat pada orang yang kite sayang tu. Lagi2 cube korang bayangkan, selalu setiap malam korang ada je orang yang korang nak bermanja, nak bermesej, nak callling2, tapi kini semuanye dah takde. Mesti korang tak dapat terima perubahan yang mendadak macam Paly nih. Mesti sunyi je hidup korang. Nak bermesej, tak tahu ngan sape kite nak bermesej. Nak call, tak tahu dengan sape yang kite nak call. Bile bukak anset, mesti kite baca mesej si die. Aku dapat rasakan, mesti setiap kali Paly bukak mesej die, mesti die teringat kepada girlfren die tu. Sedih… Memang sedih…

Btw Dzul ada bagitahu pada aku yang Paly dan Atun telah bercadang nak jalan2 bersama di JB pas dorang berdua habis final exam nanti. Namun hajat Atun untuk datang ke JB, langsung tidak kesampaian. Aku masih ingat lagi mase Paly mintak pertolongan aku untuk bawa die ngan Atun jalan2 kat JB ngan kete. Paly takde lesen, so die mintak pertolongan aku. Sudah tiga kali die mintak pertolongan dari aku sebelum nih, tapi setiap kali tu juga Atun tak dapat datang ke JB. Ada saje halangan yang datang. Dan akhirnye, Atun langsung tak sempat sampai ke JB. Die langsung tak sempat jejak kaki di Johor ni. Die telah terlebih dahulu pergi meninggalkan Paly, Dzul dan aku.

Atun kenal kitorang. Walaupun kitorang tak pernah berjumpe, tapi Paly selalu cerita pasal kitorang pada Atun. Sama juga la dengan kitorang. Selalu berkongsi cerita antara satu sama lain. Aku, Dzul and Paly merupakan kawan yang rapat. Segala masalah akan dikongsi bersama. Susah senang, kitorang bersama.

Paly… Aku harap kau tabah. Even aku jauh dari blok kau, tapi aku sentiasa support kau. Semoga kau kau kembali seperti engkau yang dulu. Seorang yang ceria dan suka bergurau. :(